Tidak Berpuas Hati Cara Ajaran Cikgu Kepada Anak, Dengan Angkυh Bapa Murid Ugυt Nak Saman Cikgu Sambil Tayang Kunci BMW

Cikgu memang diakui merupakan salah satu daripada pekerjaan mulia yang amat penting dalam menghasilkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia.

Walaubagaimanapun, seperti juga kebanyakan kerja-kerja lain, menjadi seorang cikgu tidak semuanya mudah dan indah tetapi juga perlu berhadapan dengan pelbagai jenis rint4ngan dan mas4lah.

Seorang cikgu yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh berkongsikan pengalaman berhadapan dengan bapa murid yang angkuh.

Menerusi coretan dan video yang sering dikongsikan, jelas kelihatan perwatakan guru ini umpama seperti seorang bapa yang berjiwa penyayang terhadap murid-muridnya. Namun siapa sangka, guru ini pernah melalui dugaan yang berat apabila diugµt oleh ibu bapa yang tidak menyenangi caranya mendidik murid-murid.

“Di suatu ketika, pernah aku temui, orang yang baru jadi kaya. Datang dengan berlagak bersembang angkµh dengan kunci BMW tergantµng di seluar.

“Saya dah bincang dengan lawyer saya. Tindakan cikgu terhadap anak saya ni boleh disaman di mahkamah. Sebab saya kasihan kat cikgu je saya datang buat rep0rt di sekolah. Kalau nak suruh lawyer saya ‘sµe’ cikgu, boleh sangat ni.

Mohd Fadli memberi didikan dan layanan yang sama rata kepada semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang keluarga masing-masing.

“Bahkan kalau nak suruh cikgu ditµkarkan pun saya boleh buat. Saya biasa makan semeja dengan menteri,” tulisnya mengimbas kembali kata-kata yang dil0ntarkan oleh bapa kepada salah seorang muridnya.

Cerita guru ini, lagak bapa murid berkenaan seolah-olah mahu menggertak dirinya menggunakan kuasa dan pangkat yang ada padanya.

Namun Mohd Fadli berkata dia sedikit pun tidak gentar kerana apa yang dilakukan selama ini adalah untuk mendidik anak-anak muridnya menjadi insan berguna.

Jika kalian hari ini orang kaya, jika kalian suatu hari nanti menjadi hartawan dan jutawan, usahlah sombong. Usahlah biadab.

“Diugutnya kita macam-macam. Agaknya dia claim begitu nak suruh aku melutut minta ampun minta simpati kot. Sikit aku tak heran. Aku pandang muka dia, pastu cakap, ‘dah kalau kaya sangat hantar la anak ke sekolah swasta. Kenapa hantar sekolah kerajaan juga?’

“Murid-murid saya semua sama di mata saya. Tak kira anak tukang sapu, tak kira anak raja. Bila ada denda, itu bermaksud saya hendak mendidik mereka dari berbuat kesilapan yang sama.

“Tak boleh terima cara didikan saya, tµkar anak ke sekolah lain atau request cikgu lain mengajar kelas anak encik. Saya takkan mohon maaf asbab saya ingin mendidik,” jawabnya.

Mohd Fadli sering membuat perkongsian mengenai hal pendidikan, aktiviti kebajikan dan isu semasa di Facebook. Situasi tegang itu berakhir dengan campur tangan Guru Besar.

Sungguh pun begitu, Mohd Fadli meluahkan rasa kesal dengan segelintir ibu bapa yang bersikap sedemikian dan merasakan mereka paling berkµasa kerana mempunyai pangkat dan wang.

“Jika kalian hari ini orang kaya, jika kalian suatu hari nanti menjadi hartawan dan jutawan, usahlah sombong. Usahlah biadab.Tambah-tambah dengan guru yang cuba mengajar dan mendidik anak kalian menjadi insan.

“Walau mungkin adakala silapnya dari tindakan guru, apa salahnya datang dengan hormat.

Tidak perlu menjµal pangkat. Tidak perlu mendabik dada cerita duduk dengan menteri, kenal pengarah itu ini.

“Tidak perlu juga mengµgut konon nak suruh cikgu sujud di bawah tapak kaki kalian. Orang sedikit pun tidak hairan dengan kekayaan kalian.

“Orang akan hormat jika kita berbµdi bahasa. Kalian akan dihormati jika kalian pun menghormati. Itu rukunnya. Ingat pesan cikgu kecil ini. Simpµl ketat dalam hati,” tulisnya.

Sumber Mohd Fadli Salleh via Saja Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post