Pernah tular apabila seorang ustazah mengeluarkan kenyataan seorang suami akan menjadi dayus apabila membenarkan isterinya bersaIin dengan doktor lelaki.
Rata-rata netizen mengkritik kenyataan ustazah berkenaan yang dianggap hanya pandai bercakap tanpa memikirkan situasi orang lain.
Merujuk kepada isu yang sedang hangat diperkatakan ini, bukanlah bermaksud untuk menangkis kenyataan yang dikeluarkan. Sudah tentulah figura seorang ahli agama lebih banyak ilmunya dan pasti ada hujahnya tersendiri berhubung perkara itu, berbanding diri kita yang mungkin cetek atau ‘biasa-biasa’ sahaja ilmu agama dalam dada.
Namun begitu, perkara ini perlu dijelaskan dengan lebih mendalam dan teliti agar ia tidak menjadi teka-teki dan salah faham kepada masyarakat terutama apabila melibatkan perihal hukum-hakam dalam Islam.
Perlu difahami terlebih dahulu apakah makna dayus yang sebenar kepada seorang lelaki menurut perspektif Islam.
Menurut pendakwah yang juga tokoh kewangan Islam, Dr Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, ulama menjelaskan bahawa lelaki dayus ialah seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).
Jelasnya, cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa pada zaman Nabi Muhammad SAW, berkata Ubadah bin Somit RA: “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akanku pukulnya dengan pedangku.” Maka disampaikan kepada baginda SAW akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Rasulullah SAW bersabda : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? Demi ALLAH, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah ALLAH lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan ALLAH itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi…” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis itu, ujar Dr Zaharuddin, lihatlah betapa ALLAH SWT dan Rasul-NYA begitu menginginkan para suami dan ayah mempunyai sifat melindungi kepada ahli keluarga daripada melakukan sebarang perkara keji dan mungkar.
Hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi
Bagaimana pula jika sabitkan seorang suami menjadi dayus apabila membenarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki?
Sebelum mengupas lebih lanjut, kita perlu jelas bahawa Islam bukanlah agama yang terlalu syadid (keras) sehingga membebankan umatnya terutama melibatkan perihal nyawa.
Memetik artikel Al-Kafi #674: Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran Bayi menjelaskan, hukum syarak tidak membenarkan lelaki untuk melihat aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya.
Antara bentuk pengecualian adalah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran), sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh syarak.
Justeru, harus bagi lelaki merawat wanita dan begitu juga sebaliknya dengan syarat:
1. Jika wujud perawat yang Muslim, maka tidak boleh digantikan.
2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya).
3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
4. Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan. Ia sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” (Hadis Riwayat Muslim)
Ketika mensyarahkan hadis berkenaan, Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah dalam Kitab Marqah al-Mafatih menjelaskan, para ulama menyebut bahawa sekalipun individu tersebut bukan mahram kita, tetapi mereka boleh menjalankan rawatan bekam, fasdu dan khitan.
Dalam kitab sama, Imam al-Taibi Rahimahullah pula menjelaskan, lelaki ajnabi dibenarkan untuk melihat tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.
Berdasarkan kepada hujah tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan, menyambut kelahiran bayi adalah termasuk dalam kategori rawatan berkenaan.
“Ini kerana ia melibatkan nyawa ibu dan anak. Namun begitu, disyorkan supaya semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan tadi dipatuhi untuk memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga,” kata artikel tersebut.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.