Sebak! Ayah Ramp4s Belon Anak Sulung Bagi Pada Adik. Perkongsian Pakar Psikologi Ni Deep, Jentik Hati Ibu & Ayah

 

Anak sulung cinta pertama kita sebagai ibu ayah, daripadanya kita cuba belajar menjadi ibu bapa yang terbaik dan kita semua akui anak sulung jugalah tempat kita bergantung harap untuk membantu menjaga adik-adiknya.

Namun begitu sedar atau tidak, dalam kita merasakan bertuahnya anugerah anak sulung ini dalam hidup kita, namun kerapkali terjadi kita jugalah yang membuatkan anak sulung merasa tersisih. Dalam diam, jiwa anak sulung ‘dilυkai’ oleh tindakan ibu ayahnya sendiri.

Baru-baru ini tυlar satu perkongsian video di TikT0k yang memberi impak kepada orang ramai. Meskipun kisah ini macam biasa sahaja namun kesannya menyentuh ke hati dan menyedarkan ramai pihak terutamanya kita yang bergelar ibu dan ayah.

Kisahnya adalah berkenaan seorang ayah dikatakan merampas belon kepunyaan anak sulung lalu diberikan kepada si adik. Jelas pemilik video tersebut, bila belonnya diambil untuk diberikan kepada adiknya, si kakak terus menagis kerana tidak rela berbuat demikian.

Sedih menyaksikan situasi tersebut, pemilik video yang juga merupakan pakar psikologi kanak-kanak terus bertindak dengan membeli belon untuk diberikan kepada anak sulung pasangan tersebut.

Lantaran tularnya video tersebut dengan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, Dr Faiz Hayaza menerangkan kembali mengapa dia sanggup membelikan belon untuk anak orang lain. Ujarnya tujuannya satu, hanya berharap belon yang diberikan hari ini boleh mengubati luka hati seorang anak.

“Di sini saya ingin menjelaskan alasan saya melakukan hal tersebut. Kerana saya melihat seorang anak yang belonnya tiba-tiba diambil ayahnya, dan belon itu diberikan kepada adiknya dan si kakak menangis.

“Seringkali kita orang tua gagal mempertahankan hal-hal kecil yang dialami anak, padahal pengaruh masa kecil boleh terbawa sampai dewasa. Saya hanya berharap belon yang saya berikan hari ini boleh mengubati luka hati seorang anak,” jelasnya lagi.

“Memang benar, sampai berbekas di hati cuma gara-gara basikal. Aku dulu dibelikan basikal lama kerana ibu ayah tidak mampu, tapi tiba-tiba adik aku dibelikan basikal baru. Bila teringat memang buat terasa hati.”

Ini antara luahan hati netizen berkongsi kenangan di zaman kecil apabila bergelar anak sulung yang dilayan tidak adil oleh orang tuanya. Siapa sangka rupanya ramai akui berasa tersisih kerana ibu ayah sentiasa akan memberi keutamaan pada adik-adik yang lain. Anak sulung hanya diminta untuk beraIah.

Komen netizen:

@Maullanna Cathouse:Saya Seorg Ibu Pak , Rmh tangga saya hancur dan terpaksa harus mmbagi hak asuh anak yg sllu mngganggu fikiran saya apakah si kk yg terpaksa saya tinggal disana akan mmbenci saya

@sitiirmawati517:alhamdulillah saya selalu membelikan 2 benda, baju, dan apapun bersamaan agar tidak membuat luka kedua putri saya

@AYU 💫:Masyaallah terima kasih banyak dok,memang betull ini tu sangat penting jgn pernah selalu menyuruh si Kaka untuk mengalah dgn alasan adik masih kecil

@aziraharesah:selalu kena mcm ne sampai tanam dlm hati jgn ada rasa cemburu biarkan sje .Bljr ikhls ati brg dimbil adik2 dan smpai skrg masih belaku hye mampu lihat

@Astri Milatriyani:lalu sebagai ibu 2 anak apa yg hrus sy lakukan apabila itu trjd pd anak sy saat mereka rebutan balon, sy mmilih memecahkan balon tsb

@Rara:sumpah salut banget, psikolog nya bukan hanya di jadikan sebagai profesi, tapi di terapkan di kehidupan sehari hari dan kepada orang sekitar

Kredit tiktok@faiz.hayaza

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post