Perasaan marah, sedih dan gembira merupakan sifat yang terdapat dalam jiwa setiap yang bergelar manusia. Ia merupakan emosi semula jadi yang bersifat negatif dan kebiasaannya bermula daripada sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.
Menurut kajian, orang yang dalam sedang marah keadaan tekanan darahnya tidak teratur, jantungnya berdegup kencang, paras degupan jantung dan tekanan darah akan meningkat, pernafasan menjadi laju serta pendek.
Otot akan menegang, paras hormon juga akan meningkat sehingga menyebabkan pergerakan badan menjadi lebih bertenaga dan ketika itulah syaitan akan masuk. Disebabkan perasaan amarah itulah, pelbagai kepincangan dan pergaduhan boleh berlaku.
Penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah, Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi al-maghribi) berkongsi beberapa cara yang boleh diamalkan untuk meredakan kemarahan.
1. Membaca istia’zah atau ta’awuz.
Mintalah perlindungan ALLAH daripada syaitan yang menyesatkan dengan melafazkan “Aa’uzubillahiminassyaitonirrojim” yang bermaksud “Aku berlindung dengan ALLAH daripada syaitan yang direjam”.
Ini kerana syaitan sentiasa menyuruh manusia melakukan sesuatu perkara yang di luar fitrah manusia. Mereka akan berusaha menghasut manusia supaya melakukan perbuatan yang dimurkai ALLAH ketika seseorang itu dalam keadaan marah.
Mintalah pertolongan ALLAH supaya diri kita terhindar daripada bisikan yang boleh membinasakan seperti membunuh, memaki hamun, melakukan perbuatan yang melampau dan sebagainya apabila seseorang itu marah.
2. Mendiamkan diri atau ‘pause’
Lebih baik diam daripada berkata-kata ketika marah itu ada benarnya. Kita akan hilang rasional apabila minda dikuasai nafsu amarah. Bersabar dalam keadaan marah pula bukanlah sesuatu yang mudah, jadi ia memerlukan sesuatu untuk merasionalkan kembali pemikiran.
Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa beriman kepada ALLAH dan hari Akhir, hendaknya berkata baik atau diam” (Hadis Riwayat Ibn Majah)
3. Menukar posisi seperti duduk, berbaring atau mengambil wuduk
Menukar posisi kedudukan apabila marah boleh meredakan kemarahan. Sabda Rasulullah “Jika salah seorang daripada kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Atau dengan kita mengambil wuduk. Ini kerana kemarahan yang tak terkawal itu daripada syaitan dan syaitan diciptakan daripada api. Maka air boleh memadamkan api. Rasulullah SAW bersabda “Maka jika salah seorang di antara kalian marah hendaklah ia berwuduk”. (Hadis Riwayat Ahmad)
Hikmah wuduk itu sendiri dapat membersihkan kekotoran hati, menyejukkan hati, melahirkan ketenangan serta dapat menghapuskan d0sa-d0sa kecil.
4. Memikirkan ganjaran bagi mereka yang menahan marah
Pengiktirafan diberikan kepada mereka yang dapat mengawal diri ketika marah sebagaimana firman ALLAH di dalam Surah ali-Imran ayat 134 “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesaIahan orang. Dan (ingatlah), ALLAH Mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”.
Sabda Rasulullah pula yang bermaksud “Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergaduh, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Bersabarlah, ia merupakan satu sifat yang cukup hebat sehinggakan ALLAH menyebutnya dalam al-Quran berulang kali kerana orang yang hebat itu adalah orang yang sentiasa sabar dalam apa jua keadaan.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.