BAGI dua sahabat ini, tidak pernah terlintas di fikiran untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika C0v1d-19 meIanda negara membuka lembaran baharu buat mereka.
Berkongsi kisah di sebalik Kopi dan Pulut, Nor Fazrina Fazrin Hassan, 28, berkata, perniagaan berkonsepkan minimalis itu dijalankan bagi mencari duit lebih untuk menampung pembiayaan yuran pengajian ijazah sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam di Selangor.
Dia dan sahabatnya, Iffah Irdina, 27, ketika itu hanya bermula membuat perkhidmatan penghantaran (C0D) pulut kuning dari rumah ke rumah.
“Waktu PKP tu saya kena buang kerja jadi saya dan Irdina sama-sama buat keputusan untuk sambung belajar, tapi kena usahakan something sebab nak bayar yuran.
“Kami pun jual pulut COD dari rumah ke rumah… ada tempahan kita buat dan hantar kepada pelanggan guna motor.
“Pernah sekali tu dalam perjalanan hujan lebat, kotak yang digunakan untuk bawa pulut sampai terjatuh sebab wayar yang diikat pada kotak tu tercabut dan masuk kat tayar.
“Waktu tu, kami sedih sampai menangis di PIaza Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras-Kajang kerana memikirkan nasib,” ceritanya mengimbau kembali perjalanan awal perniagaan mereka.
Fazrina berkata, dari situ, mereka mengusahakan gerai di tepi Jalan Anggerik Perdana 1, Kajang, Selangor berdekatan kediaman masing-masing dengan mengambil inspirasi gerai kopi jalanan di negara Jepun.
Ditambah kecenderungan kedua-dua gadis itu yang suka ‘memburu’ kopi di kafe-kafe ternama banyak membantu mereka dalam menjalankan perniagaan berkenaan.
Pelajar Ijazah Sarjana Seni Visual dan Media Baharu itu memberitahu, mereka mengambil masa kira-kira enam bulan untuk mendalami selok-belok perniagaan serta cara-cara menghasilkan kopi yang enak dari pakar kopi serta barista berpengalaman.
“Pulut kuning pula hasil air tangan mereka sendiri dengan dibantu oleh ibu masing-masing,” tutur Fazrina sambil memberitahu, selepas kira-kira setahun beroperasi, mereka kemudian menggunakan modal RM2,000 hasil wang tabungan bagi membuka kafe di Taman Anggerik Perdana.
Tambah Fazrina, cabaran berniaga tepi jalan termasuklah terpaksa berhujan panas malah pernah menyaksikan kejadian kemalangan maut hingga menyebabkan mereka menghentikan operasi buat seketika.
“Waktu tu kami sedar inilah cabaran berniaga, jadi apa-apa halangan pun kena tempuh.
“Selain itu, saya sendiri pun mengakui awal-awal dulu rasa malu sebab saya jenis tak pandai bercakap, namun lepas berniaga kemahiran komunikasi bertambah baik.
“Kami tak tahu mana datang keberanian ni, pernah nak berputus asa juga tapi kami saling bagi sokongan dan dorongan pada satu sama lain untuk meneruskan perniagaan,” katanya.
Sibuk dengan tanggungjawab sebagai usahawan sejak dua tahun lalu, Fazrina dan Irdina tidak pernah mengabaikan pelajaran mereka.
“Pada sebelah pagi kami mula berniaga sehingga lewat petang. Kemudian sebelah malam pula, kami akan menghadiri sesi kelas selama tiga jam.
“Selepas itu, kami bangun awal bagi menyediakan bahan-bahan untuk berniaga,” katanya.
Kedua-dua gadis itu memasang impian untuk mengukuhkan jenama Pulut & Kopi memandangkan sambutan yang diterima daripada peIanggan amat memberangsangkan.
“Kami nak perniagaan ini dapat diteruskan untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang,” katanya.
Di Pulut & Kopi, pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan kopi seperti Americano, Latte, Gula Melaka Latte, Caramel Latte dan Salted Caramel Latte.
Hidangan makanan pula ialah pulut kuning yang boleh dipadankan dengan rendang daging hitam, rendang ayam kuning atau sambal ikan bilis petai selain nasi impit serta sambal kacang.
Biarpun ramai mengakui keenakan kopi dan pulut yang dijual, namun makanan tersebut dijual pada harga berpatutan iaitu antara RM3.50 hingga RM7 sahaja.
Sumber Majoriti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.