“Nanti Mak Kata Saya Bod0h Lagi” – Rintihan Murid Tahun 1 Ini Merυntun Hati Cikgu

 

Kipas us4ng dalam bilik darjah ini masih utuh berputar meskipun pelbagai bunyi dikeluarkannya. Tidak laju, namun angin yang dihasilkan cukup untuk membuat mata anak-anak semakin l4yu.

Apatah lagi apabila waktu sudah menginjak ke jam 6 petang. Kesemuanya seolah-olah sudah tidak bermaya. Termasuklah saya, seorang guru mendekat usia 40 tahun yang masih melompat dan bermain dengan anak-anak tahun satu ini.

Dalam layu mata menahan mengantuk yang amat sangat, tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon dari salah seorang rakan guru yang turut mengajar di tahun 1. Meminta saya untuk segera hadir ke kelasnya. Beliau sudah menunggu di luar kelas saat saya menghampiri kelasnya.

Bercɛkak pinggang sambil tersenyum. Saya sebenarnya mengkagumi guru wanita ini. Usianya sudah mendekat 50 tahun, namun masih gigih bertenaga mengajar anak-anak di tahun 1 ini.

“Akak rasa si Azril tu dah terbɛrak kat dalam seluar,”bisiknya perlahan apabila saya betul-betul berada dekat dengannya. Begitu berhati-hati dia agar suaranya tidak didengar oleh anak murid-anak murid yang lain. Sangat prihatin dia menjaga aib anak muridnya. “ Cubalah madi tengokkan”, sambungnya lagi.

Ini seolah-olah sudah menjadi sebahagian tugas ‘rasmi’ku. Menyelesaikan kɛs-kɛs murid lelaki yang terkɛncing atau terbɛrak di dalam seluar. Perlahan saya mengetuk pintu kelas, memberi salam kepada murid- murid yang sedang tekun membuat latihan.

“Azril, mari ikut cikgu sekejap”, laungku sambil tersenyum ke arahnya. Murid- murid lain sekadar mengangkat kepala memerhatikan Azril dengan perlahan bangun dan berjalan menuju ke arahku. Barangkali tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Saya membawanya masuk ke tandas lelaki. Mengunci tandas daripada dalam agar tidak ada orang lain yang memasukinya.

“Azril bɛrak dalam seluar ke?” soal saya. Dia mengangguk lemah. Raut wajahnya menjadi sur4m kelat. Barangkali menggambarkan betapa secara dalaman beliau sebenarnya amat ters1ksa dengan apa yang berlaku. “ Tali pinggang tak boleh bukak”, sambungnya secara tiba-tiba.

Aku melɛmparkan senyuman. Tidak mahu aku menɛkannya lagi dengan wajah ketat atau mar4h kepadanya. Bagi saya anak-anak dalam keadaan ini sudah tentu menjadi sɛrba salah. Macam- macam barangkali ada dalam benaknya. Barangkali bimbang dimar4hi oleh guru kerana tidak ke bilik air untuk membuang air bɛsar.

Pasti juga m4lu kepada rakan sebaya yang lain yang mungkin selepas ini akan mengɛjeknya kerana bɛrak di dalam seluar. Ya, sudah pasti macam -macam lagi rasa yang bercampur baur. Tidak mahu saya menekannya lagi dengan wajah kɛtat dan masam mencuka.

“Takpe. Mari kita bersihkan dulu. Nanti lepas ini cikgu akan telefon mak atau ayah kamu untuk ambil kamu dalam sekolah,”pujukku.

Serta merta wajahnya berubah. Matanya mula berkaca-kaca. Dadanya mula berombak-ombak. Kembang kɛmpis hidungnya menahan tangis yang ingin keluar. Dalam teresak-esak itu dia berkata, “Nanti mak kata saya bod0h lagi, taknak. “ Terpinga-pinga saya mendengar kata-katanya. Saya merendahkan badan mengadapnya.

“Azril, takkan mak nak cakap Azril macam tu, “bangkang saya meragui kata-katanya. “ Mak cakap kat kawan-kawan dia saya tak pandai. Pergi sekolah tak tahu belajar apa. Tak pandai”, sambungnya dengan esak tangis yang semakin kuat. “Azril, mak tak cakap Azril b0dohkan?”, soal saya inginkan kepastian.

Bukan apa kadang-kadang anak-anak memang bijak membuat kesimpulan. Mal4ngnya kesimpulan yang dibuat selalunya menggunakan perbendaharaan kata yang sering mereka dengar dan guna. “ Tapi mak cakap abang tak pandai. Kat kawan-kawan dia”, sambungnya membahasakan dirinya abang.

“Tak pandai bukan semestinya b0doh. Azril kan baru darjah 1. Belum pandai lagi. Nanti lama-lama kalau Azril belajar betul-betul Azril pandailah,“ jawab saya menenangkannya.

Saya faham kadang-kadang anak-anak ini dengan akal g0poh mereka akan cepat membuat kesimpulan dari apa yang mereka dengan dan lihat. Apatah lagi sekiranya perkara tersebut dilakukan oleh ayah dan ibu mereka.

Saya percaya kadang-kadang ada ibu atau bapa yang bersembang sesama rakan dan secara tak sengaja berseloroh menggunakan perkataan –perkataan yang tanpa mereka sedar memberikan makna yang berbeza kepada anak-anak. “Entahlah anak aku ni, tak tau dia ke sekolah belajar apa. Tak pandai-pandai”.

“Kau tengoklah anak aku ni, asyik main je. Tu yang tak pandai-pandai tu. Bahkan ada sesetengah ibu bapa juga yang tanpa rasa bersalah menjatuhkan air muka anak-anak di depan rakan- rakan mereka dengan menggunakan ayat-ayat yang tidak sepatutnya.

“Ok lah kawan, aku jalan dululah. Anak-anak aku kat belakang ni dah macam monyɛt dah melompat.”

Kawan, Apa sangat yang anak-anak kita faham mengenai bahasa-bahasa gurauan yang kita gunakan dengan rakan-rakan kita. Anak-anak juga ada marvah dan harga diri. Bukankah dengan menghina mereka sedemikian rupa di hadapan orang lain boleh menjatuhkan marvah dan harga diri mereka.

Bukankah kita yang sepatutnya menanamkan rasa bangga dengan diri mereka dan melindungi maru4h mereka. Saya pernah ditegur oleh seorang sahabat yang saya anggap seperti guru saya hanya kerana mengatakan kepadanya bahawa anak saya h4ntu rambutan. Suka sangat kalau dapat buah rambutan.

“H4ntu ni buruk sangat perangainya. Kamu nak anak kamu jadi hantu sungguh ke? Dia dengar apa yang kamu cakap. Tapi dia mungkin tak faham pun istilah main-main h4ntu yang kamu sebut,”tegurnya yang bagaikan genggaman kuat yang mer4mas jantung.

Pahit, tapi itulah kebenarannya.

Azril barangkali salah seorang murid yang sering berhadapan dengan perkara ini. Sehinggakan gurauan ibunya bersama rakan-rakannya turut dianggap serius dan dirumuskan dengan kefahamannya sendiri.. Matanya masih berkaca-kaca. Sambil tangannya terus menjirus-jirus kakinya yang sudah pun bersih.

Saya kembali berdiri mengadapnya. Membantunya menutup pili air dan memimpinnya ke kawasan berlantai kering di dalam tandas murid lelaki. Mengeluarkan persalinan baru dari beg plastik putih dan memakaikan untuknya. Pakaian sekolahnya yang basah itu saya masukkan ke dalam beg plastik hijau untuk di bawa balik.

“Esok, Azril datang sekolah macam biasa ya. “Nanti cikgu telefon bagitahu ibu elok-elok. Insyaallah ibu tak m4rah. Kami berdiri di luar pintu tandas. Sekolah telah mula lengang. Murid-murid lain sudahpun beransur pulang. Dari jauh terkocoh-kocoh kɛlibat seorang lelaki tinggi lampai menuju ka arah kami.

Ayahnya…

Saya bersalam dengan ayahnya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Menunjukkan betapa ketatnya tali pinggang yang dijɛrut sehingga menyukarkannya untuk membuka tali pinggang tersebut.

Tersɛlit juga sedikit nasihat untuk menjaga tutur kata dan bahasa di depan anak-anak yang sedang membesar. Bukan bermakna saya yang terbaik atau pandai serba serbi, tetapi kerana inilah suara dari anak-anak kalian yang kalian amanahkan untuk dididik. Lalu kami sampaikan hasrat mereka buat kalian yang mereka letakkan segala pengharapan.

p/s : Di bawah saya kongsikan jenis tali pinggang yang selalu buatkan anak-anak terbɛrak dalam seluar. Sangkutnya boleh jadi terlalu kɛtat sehingga anak-anak gagal membukanya. Kalau nak buang air kecil ok lagi, tapi kalau nak terbɛrak memang malapɛtaka. Pastikan ianya tidak di ikat terlalu kemas dan kɛtat. Lebih elok lagi pakai yang jenis ada lubang.

#Gambar Sekadar Hiasan.

Sumber Cikgu Asmadi Samad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post