Benarlah ada ungkapan mengatakan seorang ibu atau bapa mampu menjaga 10 orang anak, namun belum tentu 10 anak itu mampu menjaga seorang ayah atau ibu.
Mak ayah berpenat lelah bersengkang mata menjaga anak-anak dengan baik, namun apabila dewasa mereka tidak membalas budi, bahkan sanggup meninggaIkan ibu bapa di rumah orang tua-tua. Padahal tanpa ibu dan bapa, mereka takkan lahir ke dunia ini.
Apabila anak semakin besar, dan sibuk bekerja, sedikit sebanyak lupa akan ibu dan bapanya. Pelbagai alasan seperti tiada masa untuk bersama ibu bapa, sibuk bekerja adalah alasan seorang anak yang hanya mampu lepas tangan untuk menjaga orang tua. Inilah sebuah kisah yang cukup menjentik emosi tatkala membacanya.
PiIu hati seorang ayah apabila disisihkan anak sendiri sehingga terpaksa tinggal di rumah kebajikan orang tua Rumah Ehsan di sini sejak dua bulan lepas.
Itu yang berlaku kepada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mahu dikenali sebagai Awang berusia 46 tahun ini. menututnya, tiga anak lelaki dan seorang perempuan berubah sikap selepas dirinya lυmpuh separuh badan akibat str0k.
Menurutnya, dia berhenti kerja awal selepas 10 tahun berkhidmat dalam Rejimen Artileri dan membesarkan anak dengan hasil menoreh getah di sebuah tanah rancangan Felda di Sungai Siput, Perak.
“Isteri meninggaI dunia beberapa tahun lalu dan saya mula tidak berapa sihat selain ada lelah serta darah tinggi sebelum diser4ng str0k hingga lυmpuh separuh badan.
“Saya menyesal terlalu manjakan anak-anak sampaikan duit hantaran kahwin RM10,000 pun saya beri tapi bila minta tolong hantar pergi klinik, anak tak diendahkan dengan alasan isteri tak bagi.
“Kereta, motosikal dan duit pun saya beri walaupun dulu hidup tak senang mana tapi bila saya lυmpuh, anak-anak dah jadi lain,” katanya.
Awang berkata, dia pernah tinggal di rumah salah seorang anak sebelum dibawa ke sebuah hospitaI di Kuala Lumpur untuk rawatan sakit str0k.
Namun tanpa Awang menyangka rupa-rupanya dia ditinggalkan sendirian hampir setahun di hospitaI berkenaan.
“Anak-anak tak jenguk pun, semua hospitaI buat hingga puasa dan raya tahun lepas pun mereka tak ada datang.
“April baru ini saya dibawa ke sini dan sekarang memang tak ada hati langsung atau sayang ke anak-anak.
“Kalau saya m4ti pun, tak perlu beritahu mereka kerana saya tak mahu ingat mereka lagi,” katanya.
Sumber SH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.