Menabung Tak Perlu Tiru Orang Lain, Ikut Mana Yang Mampu, Tip Dari Wanita Ini Boleh Dijadikan Inspirasi

 

Menabung sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Namun cara kita menyimpan pastinya berbeza. Ada yang suka menyimpan dengan tolakan gaji di awal bulan, namun ada pula yang gemar mengumpul wang pelbagai warna sebagai cabaran diri.

Berbeza namun tujuannya sama iaitu untuk menambahkan lagi simpanan di masa depan. Biar apa pun cara kita menyimpan, pastinya ikut kemampuan diri kita sendiri. Jangan terikut-ikut dengan gaya orang lain.

Biar apa pun cara dan gaya tetapkanlah pendirian, jangan menyimpan sekadar ikut-ikutan. Biar jadi sasaran yang paling membanggakan diri sendiri bila melihat hasilnya nanti. Idea dan tip mudah ibu ini, Nora Karim yang tekad menyimpan sejak awal tahun boleh kita jadikan inspirasi. Paling penting jangan ikut-ikut orang. Ikutlah kemampuan sendiri.

Alhamdulillah, dapatlah RM635 berbanding RM1005 sebelum ni. Adalah juga duit yang dapat diselamatkan sepanjang tahun ni. RM635 pun banyakkan. Siapa nak bagi hujung-hujung tahun ni. Ye dak?

Macam yang saya dah jangka, tahun ni tabung saya tak padat sangat, macam tahun-tahun lepas. Mungkin sebab kurang menggunakan tunai. Kebanyakan kedai sekarang ni lebih prefer kad debit atau e-dompet, berbanding tunai. Jadi memang kuranglah pakai tunai.

Memandangkan duit RM5 susah nak jumpa, jadi saya simpan juga duit RM10 dan RM20, jika not-not ini melebihi tiga keping di dalam dompet saya. Kenalah juga cari aIternatifkan sebab transaksi tunai tu dah jarang sangat berlaku sepanjang tahun ni.

Eh, tapikan ada juga rakan-rakan yang dah cuba cara ni. Ada yang buat simpanan duit RM5 ni untuk beli aircond bilik anak, ada yang buat simpanan untuk bercuti dan macam-macam lagi. Bestkan?

Kalau beli aircond, pakai duit bank kita, mesti terasa sangat sebab sekali bayar pun dah RM1000 lebih. Tapi bila buat simpanan macam ni, kita ada masa nak rancang pembeIian berdasarkan tarikh matang simpanan.

Makna kata selagi belum sampai tarikh matang, jangan beli dulu aircond tu. Belum sampai tarikh matang, jangan mengada nak pergi bercuti. Begitulah!

Sumber Fb Nora Karim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post