Masjid Juga Ada Hotel Untuk Kucing, Berikut 4 Manfaat Bela Kucing Yang Jarang Diketahui Ramai

 

Masjid juga ada ‘cat hotel’! Demikian perkataan yang terdetik di fikiran penulis saat melihat hotel kucing yang dibina khas di masjid ini.

Umum mengetahui kucing adalah haiwan peliharaan yang cukup popular dalam kalangan ramai pencinta haiwan.

Perangai kucing yang lincah dan aktif sering membuatkan kita rasa terhibur. Bentuk fizikal kucing yang kecil dan berbulu membuatkan ia ini menarik perhatian untuk dipeluk dan dibelai.

Bagi kucing-kucing yang dipelihara, tentunya nasib mereka lebih terjamin. Kehidupan haiwan comel ini lebih terjaga kerana diberi makan makanan yang berkhasiat oleh pemiliknya, tinggal di rumah yang selesa dan dan menerima kasih sayang yang cukup.

Berbeza pula dengan nasib kucing-kucing jalanan yang sering berkeliaran tanpa arah tujuan. Ada yang mati kelaparan dan diserang pelbagai jenis penyakit. Lebih malang lagi, ada haiwan-haiwan ini turut dipukul oleh mereka yang tidak suka dengan akan kehadiran mereka.

Menyedari keperluan untuk membela nasib kucing-kucing jalanan, Masjid An-Nasriyah mengambil pendekatan menarik dengan mewujudkan ‘hotel’ bagi kucing-kucing yang berkeliaran di sekitar masjid itu.

Usaha pihak pengurusan masjid yang terletak di sitiawan, perak harus ini dipuji kerana telah berusaha memberikan layanan yang baik haiwan jalanan.

Masjid yang dalam taman itu turut diserikan dengan pelbagai lukisan kucing yang menarik orang ramai berkunjung dan mengimarahkan masjid terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Kebersihan ‘hotel’ dan kesihatan kucing-kucing turut dipantau dari semasa ke semasa. Bermula daripada beberapa aduan daripada orang ramai mengenai bau busuk dan najis haiwan itu di kawasan sekitar masjid, pihak masjid mengambil langkah ‘di luar kotak’ dengan mewujudkan ‘hotel’ kucing.

Secara tidak langsung, ia juga mencerminkan pendekatan rahmah islam terhadap haiwan.

Dimaklumkan bahawa ketika ini terdapat kira-kira 20 ekor kucing. Pihak pengurusan Masjid An-Nasriyah amat mengalu-alukan bagi sesiapa yang ingin menderma makanan ataupun wang ringgit untuk kucing-kucing di masjid ini.

Usaha pihak pengurusan masjid ini amat dipuji demi memastikan nasib kucing-kucing jalanan terbela.

Kebaikan memelihara kucing kepada kita semua.

Kucing memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan wanita. Berikut empat memberikan impak kepada mental dan fizikal:

1.Menghilangkan stres

Jika kita menghabiskan banyak waktu dengan kucing, otak akan melepas hormon oksitosin. Hormon oksitosin ini berfungsi untuk menciptakan rasa tenang.

2. Meningkatkan kekebalan tubuh

Kajian yang dijalankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan menyatakan bahawa kanak-kanak yang berumur di bawah satu tahun, kurang terdedah kepada alahan apabila berinteraksi dengan kucing. Kucing boleh meningkatkan sistem imun dengan menjauhkan aIahan yang mungkin menyer4ng tubuh.

3.Mengatasi rasa kesepian

Manusia memerlukan sentuhan dan teman untuk bercakap. Anda akan mendapat faedah ini apabila memelihara kucing. Kucing juga mampu menghilangkan rasa sunyi apabila kehiIangan orang tersayang. Bermain dengan kucing boleh membantu anda memberi dan menerima kasih sayang. Kucing peliharaan anda akan mendengar, duduk atau berbaring semasa anda bercakap.

4.Mencegah peny4kit jantung

Membelai kucing akan memberikan kesan menenangkan. Ikatan kasih sayang anda dengan kucing mampu mengurangkan tahap tekanan dan mengurangkan kebimbangan. Mereka yang memelihara kucing juga mempunyai risiko ser4ngan jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidak memelihara kucing.

Sumber Fb Masjid An-Nasriyah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post