Masih Ingatkah Kita Kepada Tok Mun? Bekas Calon Bebas Tertua Dalam PRU Yang Hanya Berbasikal Ketika Berkempen

Maimun Yusuf atau lebih mesra dipanggil Tok Mun merupakan calon wakil rakyat tertua yang pernah bertanding untuk parlimen Kuala Terengganu dalam PRU 12 dan PRU 13.

Dikenali dengan lambang kunci, Tok Mun hanya berbasikal seorang diri untuk berkempen tentang dirinya.

Pada tahun 2008, Tok Mun mengejutkan ramai orang apabila bertanding dalam PRU ke 12 ketika berusia 89 tahun. Namun, Tok Mun tew4s kepada calon Barisan NasionaI, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran yang memperolehi 32,562 undi. Manakala Tok Mun hanya meraih 685 undi dan hiIang wang deposit.

Pada PRU ke 13, sekali lagi Tok Mun mengejutkan ramai orang bila kembali bertanding dan menyerahkan borang pencalonannya kepada SPR pada 20 April 2013. Tok Mun masih bertanding di kerusi yang sama.

Namun begitu, Tok Mun masih kaIah dalam pertandingan kedua ini dengan hanya memperolehi 182 undi, menyebabkan sekali lagi beliau hiIang duit deposit sebanyak RM10,000. Pemenang ketika itu ialah Raja Kamarul Bahrin dari PAS yang mendapat 45,828 undi.

Pada PRU ke-14 yang berlangsung pada tahun 2018, Tok Mun yang ketika itu berusia 99 tahun tidak bertanding kerana tidak mempunyai wang. Walaupun kecewa, namun Tok Mun tetap bersemangat dan memberitahu akan mengumpul duit supaya dia dapat bertanding pada PRU ke 15 nanti. Malah, beliau tidak pernah menyesaI bertanding dan hilang wang pert4ruhan.

Ketika usianya sudah hampir mencecah satu abad, wanita ini masih kuat bergerak ke sana ke mari dan mempunyai ingatan yang baik. Pernah ditanya, apa rahsia beliau sihat dan masih cergas di usia begitu, Tok Mun menjawab mungkin kerana amalan hariannya yang sentiasa aktif melakukan pelbagai kegiatan dan rajin mengaji.

Sayangnya, Allah lebih menyayangi wanita ini. Hasrat Tok Mun mahu bertanding di PRU 15 tidak kesampaian apabila beliau disahkan meninggaI dunia pada 3 Julai 2022 di usia 103 tahun di rumahnya di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu.

Sesetengah orang mungkin berpandangan sinis dengan kecekalan Tok Mun yang gigih bertanding walaupun dia sendiri bukan orang senang dan sukar mengumpulkan wang deposit. Tidak kurang juga yang mengatakan ia hanya kerja sia-sia dan membazir apabila wang deposit itu lebur begitu sahaja.

Tetapi jika dilihat dari sudut lain, berapa ramai rakyat marhaen yang mempunyai semangat juang seperti Tok Mun yang gigih mencuba untuk masuk ke dalam politik. Masihkah kita dapat melihat orang seperti Tok Mun dari kalangan rakyat susah yang berani tampil mewarnai landskap poIitik negara di masa akan datang?

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Sumber Mustika

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Nasihat Media tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

 

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post