Makan buah-buahan sebelum menjamah makanan terbukti banyak manfaatnya jika diteliti dari aspek kesihatan. Bahkan, fakta sama juga tercatat dalam al-Quran dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Benar, tabiat pemakanan atau pola makan seharian sering menjadi perbincangan para doktor dan pakar kesihatan. Antara saranan yang selalu kita dengar adalah memakan buah-buahan sebelum menyentuh sajian berat seperti roti, nasi dan daging.
Setelah dikaji rahsia disebalik makan buah sebelum mengambil makanan berat, rupanya ia berkait rapat dengan penyerapan zat dalam buah itu sendiri. Kesannya lebih optimum apabila ia dimakan ketika perut kosong.
Pakar pemakanan mengesyorkan masa yang sesuai untuk makan buah adalah 30 minit hingga dua jam sebelum waktu makan.
Jika diamalkan secara berterusan, manfaat pengambilan buah sebelum makan itu juga mampu mengurangkan risiko mendapat pelbagai penyakit kr0nik seperti kencing manis, jantung dan str0k.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Al-Haitsam bin Thihan tatkala dia mendatangi Nabi Muhammad SAW semasa baginda bersama Abu Bakar dan Umar, dia membawa bekas berisi kurma basah dan kurma kering.
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Makanlah (kurma) ini, kemudian ambil hidangan itu dan kemudian pergi.”
Imam an-Nawawi menjelaskan bahawa hadis itu adalah dalil bahawa dianjurkan untuk memakan buah-buahan dahulu, kemudian roti, daging dan makanan ruji yang lain.
Makanan ahli syurga buah dahulu, barulah daging.
Sementara itu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi laman Facebook miliknya berkongsi tafsir Surah al-Tur dan al-Waqiah mengenai makanan ahli syurga.
Dalam Surah al-Tur, katanya, Allah menggambarkan bahawa ahli syurga itu kelak akan dihidangkan dengan buah-buahan dan daging. Namun, dalam ayat tersebut, Allah menyebut perkataan buah-buahan dahulu sebelum daging.
Firman Allah SWT: “Dan (penduduk Syurga itu) KAMI tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.” (Surah al-Tur, ayat 22)
Gambaran yang sama dijumpai dalam Surah al-Waqiah apabila Allah SWT turut mempersembahkan bayangan ahli syurga yang akan dihidangkan dengan buah-buahan dan daging burung.
Dalam ayat 20 dan 21 surah berkenaan, buah-buahan disebut terlebih dahulu sebelum daging.
Ia sebagaimana firman Allah SWT: “Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih. Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini”.
Ketika menghuraikan dua ayat daripada Surah al-Waqiah, Dr Ahmad Sanusi mengemukakan nukilan al-Imam Ibn Asyur yang berpandangan bahawa Allah menyebutkan perkataan buah-buahan lebih awal daripada perkataan daging kerana kelebihan atau kekuatan yang ada pada buah-buahan itu sendiri.
“Manakala Dr Abdul Hamid Diyab dalam Ma’a al-Tibb fi al-Quran al-Karim pula memetik ayat ini dalam menjelaskan kelebihan mendahulukan buah-buahan ketika makan kerana kandungan zat yang lebih mudah hadam berbanding daging.
“Beliau turut menampilkan hadis galakan Rasulullah SAW agar kita berbuka dengan tamar adalah lebih baik daripada kita mendahulukan hidangan yang lain,” ungkap beliau.
Kepada mereka yang sudah terbiasa memakan hidangan berat terlebih dahulu, masih belum terlewat untuk mengubah tabiat pemakanan kita.
Segeralah bertukar kepada menjamah buah-buahan sebelum menyantap makanan yang lain.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam golongan yang dikurniakan nikmat-nikmat di dalam syurga kelak dan memilih kita dalam kalangan golongan yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.