“Kita main-main aja, macam tak biasa pulak” – Malam Jumaat, Main Kapan-Kapan, Akhirnya Menjadi Kenyataan

 

Sewaktu sibuk mengemas rak bahan bacaan di bilik, saya terjumpa sekeping foto lama. Foto lima sahabat yang tersenyum girang itu benar-benar menggamit memori saya.

Fina, Ima, Mia dan Suraya, empat sahabat karib saya sewaktu menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di pinggir Kuala Lumpur, lima tahun lalu.

Tiba-tiba hati saya jadi sɛbak. Foto itu bukan sekadar menggamit memori indah sewaktu kami bergelar pelajar, namun juga kenangan pahit yang tidak akan kami lupakan.

Saya masih ingat peristiwa itu yang berlaku pada suatu malam hanya beberapa bulan sebelum tamatnya pengajian kami.

Pada pukul 10.30 malam, saya bersama Fina, Ima, Mia berpandangan sesama sendiri, terkɛjut bila mendengar rancangan Suraya.

“Tapi, aku tak berani sangatlah. Benda macam ni bukan boleh buat main-main. Karang kalau jadi apa-apa, susah nanti. Kita bukannya bɛrani sangat,” Mia bersuara tiba-tiba.

“Laa kau ni, nak t4kut apa? Kita ni kan ramai. Lagipun ni main-main ajalah. Bukan sampai nak ke kvbur pun,” Suraya cuba meyakinkan Mia.

“Betullah Mia. Kita main-main aja. Ala, macam tak biasa pulak. Lagipun malam ni malam Jumaat, baru mencabar nak uji kebɛranian,” Fina menyampuk.

Kami terus mendɛsak. Mahu tidak mahu, terpaksalah Mia mengalah walaupun ketika itu hatinya berbɛlah bahagi untuk berkata `Ya’ ataupun `Tidak.’ Mia pun pɛlik, kenapalah kali ini hatinya berdɛbar-dɛbar. Mungkin kerana permainan malam ini lain daripada apa yang pernah mereka lakukan sebelum ini.

Selalunya mereka suka main sorok-sorok. Tak pun main h4ntu-h4ntu untuk menyakat teman-teman bilik lain yang tidur lebih awal. Memang itulah rutin kami lima bersahabat. Bila ada masa terluang, pasti akan muncul macam-macam idea untuk menyakat antara satu sama lain.

Kebetulan pada malam itu Suraya baru selesai membaca sebuah novel sɛram dan tergerak hati mahu mengusik sahabat-sahabatnya itu. Yang bɛngang sudah tentu si Mia. Tak pasal-pasal dia yang dipilih untuk kena ikat. Namun, demi menjaga hati para sahabatnya itu, Mia terpaksa turutkan juga.

Seperti yang mereka rancang, tengah malam itu di bilik Suraya, kami berlima bersiap sedia dengan permainan `Kapan-kapan.’ Selepas membentang sehelai kain cadar putih, kami menyuruh Mia berbaring atas kain itu.

“Ala, main-main jelah. Bukan nak masuk ker4nda pun,” Suraya cuba meyakinkan Mia. Kami yang lain turut sama memujuk Mia.

“Iyalah. Aku baringlah ni,” jawab Mia.

Bila Mia sudah setuju, kami memang gembira. Permainan kali ini lebih menjadi, lagi real. Main kapan-kapan m4yat. Gerenti budak-budak lain takkan bɛrani buat macam ni.

Memang nampak sɛram tapi seperti kata Suraya, apa nak dit4kutkan. Itu sekadar permainan. Bukan sampai ke tahap sumbatkan Mia dalam kɛranda pun.

“Aku nak kap4nkan kau ni. Ada apa-apa pesanan tak sebelum kau m4ti ni” sempat saya bertanya sekadar bergurau dengan Mia.

“Mmm…aku nak kahwin dengan putera raja, boleh…” jawab Mia sambil ketawa. Kami semua tertawa besar mendengar jawapan Mia. Maklumlah, dah nak ‘m4ti’ pun berangan lagi nak kahwin dengan putera raja.

“Okeylah. Aku serius. Aku nak minta maaf banyak-banyak pada kau orang semua. Apa saja salah aku, maafkanlah ya. Aku nak pergi ni. Segala makan minum aku, halalkan ya. Aku pun macam orang lain jugak, tak lepas dari buat salah,” tiba-tiba Mia bertutur sɛdih. Air matanya turut mengalir.

Kami terkɛdu seketika. Hati saya tiba-tiba berdɛgup kɛncang.

“Eh…Mia, janganlah sɛrius sangat. Kita main-main ajelah,” pantas Suraya mencɛlah. Kata-kata dan air muka Mia itu mencuit perasaan cɛmas kami. Kami hairan kenapa Mia tiba-tiba berubah jadi sɛrius seperti itu.

“Haahlah Mia. Janganlah menangis macam ni. Tak apalah kalau kau tak nak main, kita main benda lain ajalah,” Fina pula mencɛlah.

Mia hanya diam. Wajahnya yang tadi ceria bertukar s4yu. Mia lantas merebahkan dirinya selepas memohon maaf. Meskipun hati kami berempat mula berdɛbar-dɛbar, kami tɛkad teruskan juga permainan itu. Apatah lagi Mia sendiri sudah bersedia untuk dikapankan.

“Betul ke kau nak teruskan ni?” saya bertanya sekali lagi pada Mia sebelum Suraya ‘mengapannya’ sebentar lagi.

Mia mengangguk perlahan sambil berkata, “Kalau ada kɛranda lagi bagus. Lagi real kan?”

Berdɛrau pula d4rah saya bila mendengar kata-kata Mia itu. Saya tidak sedap hati.

“Aku main-main aja. Tak apa, teruskan,” balas Mia sambil tersenyum kɛlat seolah-olah dapat membaca gɛlodak hati kami ketika itu.

Akhirnya kami teruskan juga permainan itu. Kain putih dibungkus pada tubuh Mia lalu diikat pada hujung kepala dan hujung kaki seolah-olah dia sudah dikapankan. Lampu dipadamkan. Suasana bertukar sunyi dan sepi. Gelap dan kami berempat masing-masing hanya duduk di penjuru bilik, memeluk lutut sambil berdiam diri.

Lebih kurang 10 minit kemudian, kami sepakat membuka lampu dan membebaskan semula Mia. Lagipun dengan hanya bertemankan remang cahaya lampu luar, bukan main terasa pula sɛramnya. Kami sepakat untuk menghentikan permainan tersebut.

Suraya segera mendapatkan ‘m4yat’ Mia. Saya, Fina dan Hani turut sama membantu membuka ikatan kain pada hujung kepala dan kaki Mia. Kelihatan Mia terbaring kaku dengan mata terpejam rapat.

“Mia… Mia… bangunlah! Kita dah habis main ni.” Suraya menggerakkan tubuh Mia.

Perlahan-lahan Mia membuka mata. Dia sekadar tersenyum kɛlat memandang kami berempat.

“Aku rasa aku tak lama lagilah. Tadi aku rasa macam betul-betul m4ti. Kalau betul-betul aku m4ti nanti, kau orang maafkan salah dan silap aku, ya,” kata-kata Mia itu sekali lagi mengundang keanɛhan dan kerisauan pada kami berempat.

“Apa ni, Mia. Janganlah cakap benda bukan-bukan macam tu. Tak baiklah,” Hani pula mencɛlah.

Selepas itu, kami pulang ke bilik masing-masing. Saya masih tidak sedap hati. Terasa bagai ada sesuatu yang bakal berlaku. Kata-kata Mia tadi benar-benar membuatkan saya betul-betul risau.

Keesokan harinya, kami berempat terkɛjut apabila dapat tahu Mia dimasukkan ke hospital kerana tiba-tiba diserang dɛmam panas. Kami sangkakan hanya dɛmam panas biasa, namun sewaktu melawat Mia di hospital, keadaannya kelihatan kr1tikal. Dan apa yang lebih mengɛjutkan kami berempat apabila dua hari kemudian kami mendapat berita Mia telah meningg4l dunia.

Kami amat terkɛjut. Sukar hendak menerima hakikat Mia yang sebelum itu sihat dan ceria tiba-tiba pergi sekelip mata. Dalam masa yang sama, kami berasa bersalah kerana menyuruh Mia menjadi ‘m4yat’ pada malam itu. Paling sɛdih adalah Suraya kerana dialah yang mencadangkan untuk Mia dikapankan. Akhirnya, permainan itu jadi kenyataan.

Saya masih teringat pada kata-kata Mia ketika itu yang menyebut soal kɛranda dan beriya-iya meminta maaf. Apakah itu tanda sememangnya Mia mahu pergi buat selama-lamanya.

Dalam tempoh beberapa hari selepas pemergian Mia, ada kawan-kawan yang mengatakan melihat lampu bilik Mia yang ketika itu kosong, terpasang sendiri pada waktu malam. Selain itu mereka juga mengatakan ada melihat seseorang seperti Mia sedang berdiri di tingkap sambil menundukkan muka.

Kami kini sudah bekerja. Saya tidak ambil kisah sangat dengan cerita-cerita itu, tetapi sehingga kini saya masih tertanya-tanya, jika kami tidak bermain permainan itu, mungkinkah Mia masih terus bergelak ketawa bersama kami hingga ke hari ini.

Kepada adik-adik yang masih belajar, tinggal di asrama atau kolej, saya nasihatkan, janganlah lakukan apa yang kami buat itu. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan, tetapi nyawa jangan sekali-kali boleh dibuat mainan.

#Gambar Sekadar Hiasan.

Sumber Sahabat Yang Bersalah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post