Assalamualaikum… Aku tak pandai tulis karangan tapi malam ni, masa aku tengah tulis ni aku kɛcewa sangat dengan sikap nenek aku. Mak aku balik rumah dari jenguk nenek dekat rumah dia tadi, dia balik terus nangis. Tu mak aku, sebagai anak aku sɛdih, kɛcewa dan m4rah dekat nenek aku lepas mak aku cerita yang nenek m4rah dan h4lau dia tadi.
Straight to the point, dari kecik memang nenek aku tak sayang sangat dekat mak aku. Sebab dia aku taknak cerita nanti panjang pulak confɛssion ni. Nenek aku kawin 2 kali, perkahwinan pertama dapat mak aku, yg kedua dan terakhir dapat 5 orang adik-beradik mak aku dari lain ayah. Ayah tiri mak aku dah menigg4l dunia.
Masa aku kecik dulu selalu nenek layan sepupu-sepupu aku lebih dari kitorang adik-beradik ni. Banyak kali aku tengok mak aku nangis disebabkan nenek aku.
Kau bayangkan lah aku kecik dah tau dah orang tak sayang kami adik-beradik tapi aku ikut jugak mak balik kampung ziarah nenek aku sebab nenek tu d4rah daging aku. Tu belum lagi aku cerita mak aku kena kvtuk kena fitn4h, tak mengaku adik-beradik oleh adik-adik mak aku. Tapi tiap kali kitorang jumpa aku masih senyum, masih salam dengan dia orang.
Nenek aku ni bias sikit dengan anak-anak dia, dia sayang lebih-lebih lagi anak bongsu dia. Segala benda dia bagi anak emas dia tu. Serius, semua benda. Tapi time dia s4kit, mak aku la yang tolong jaga dia.
Berapa kali dia masuk hospital, dia banyak pɛnyakit, kansɛr usus, s4kit jantung, tiap kali dia masuk hospital mak aku la yg teman dia dalam hospital tu. Anak-anak dia yg lain siap main tolak-tolak macam bola je. Basuh bɛrak dia? Mak aku la. Bila suruh anak bongsu dia tu? H4ram taknak, gɛli lah apa lah tapi dalam facɛbook bukan main post kata-kata kononnya sayang mak.
Pada baru-baru ni nenek aku masuk hospital (tidak nyatakan tahun) , anak-anak mak aku la yg tolong, abang aku uruskan bayaran nak masukkan batɛri dekat jantung dia.
Cucu-cucu yang dia bɛnci ni la yang tolong dia. Aku turun naik hospital gilir-gilir teman dia malam-malam dengan mak aku. Anak dia yg lain, Ada… Tapi jenguk-jenguk masa waktu melawat, tu pun kadang-kadang tak datang langsung.
Baru-baru ni mak aku nasihatkan anak emas nenek aku tu. Jangan susahkan nenek aku tu lagi. Kitorang baru tolong dia setelkan hutang-hutang yang dia ada. Mak aku nasihat jangan cucuk nenek aku suruh meminjam lagi. Dia s4kit jantung tu pun kɛs kerja kuat nak setel kan hutang dia yg berlambak. Berhutang tu pun duk pergi berj0li dengan anak bongsu dia tulah.
Bila mak aku nasihat, anak emas dia pergi mengadu dekat nenek aku, hasilnya tadi mak aku kena m4rah betul-betul dengan nenek aku sampai dia suruh mak aku bayar balik penat dia besarkan mak aku. Nenek aku tak bagi mak aku jejak kaki dekat rumah dia lagi dan nenek aku ada cakap yang dia nak buat solat hajat biar mak aku ni j4tuh misk1n.
Aku bukan sebelahkan mak aku sebab dia mak aku, aku dah besar aku reti beza yang hak dengan yang batil. Tapi aku boleh cakap yangg mak aku ni baik betul, dari kecik dia dilayan macam s4mpah dengan nenek aku tapi dia masih lagi harapkan kasih sayang dari nenek aku.
Dia masih hormat dan jaga nenek aku. Macam-macam dah nenek aku buat tapi mak aku masih lagi jenguk nenek aku dekat kampung. Sungguh, kalau semua ni jadi dekat aku, memang tobat aku tak ambik tahu dah.
Anak-anak nenek aku sampai ada dah yangg buang dia, sampai ada yang tak mengaku mak. Cucu-cuc dia yang lain pun mana ada yang ambik peduli pasal dia. Ni semua kɛs dia mewah dan rajakan anak emas dia tu. Anak-anak mak aku je yang masih ambik peduli.
Tapi hari ni mak aku janji dah yg dia takkan ambik peduli dah. Aku rasa hati dia dah tawar betul. Sɛdih betul tengok dia tadi. Bulan 6 ni (tidak nyatakan tahun) nenek aku ada appointment dekat hospital pasal batɛri dekat jantung dia.
Mak aku cakap dah dengan adik-beradik dia, dia taknak dah pergi tolong. Dia suruh anak-anak nenek aku tu yang lain balik, jaga sendiri. Selama ni mak aku je yg bersungguh-sungguh jaga nenek.
Banyak lagi kisah dia. Tapi aku taknak cerita details. Takut korang m4las baca. Sebagai anak, aku tak tahu. Berd0sa ke mak aku, salah ke kalau mak aku mcm ni.
Kalau pun salah, habis perasaan mak aku macam mana? Sampai tahap mana lagi dia kena bersabar? Aku tak sanggup nak tengok mak aku mendɛrita lagi. Kalau ikut hati, memang aku tak nak bagi dah mak aku balik.
Ok untuk part ayah.. ayah aku masih hidup. Doakan dia panjang umur ye. Cuma ayah tak pernah halang mak berbakti dekat nenek.
Mak aku selalu kena m4rah, kena h4lau tu dah biasa dah, depan ayah pun nenek pernah m4rah tapi ayah tak halang lepastu kalau pun mak nak balik jenguk nenek lagi. And yes, mak kena m4rah macam mana pun still lagi balik jenguk, jaga nenek. Sebab tu mak dia.
Pasal hut4ng, bukan nak ajar bayarkan hutang nenek tapi dia dah tua kerja kuat sebab nak langsaikan hutang dia sampai j4tuh s4kit. Anak mana yg sanggup nak tengok mak dia s4kit lagi. Tambahan lagi nenek baru keluar hospital, tempat dia berhut4ng pun call hampir setiap hari mintak nenek bayar. Mak taknak dia s4kit lagi.
Kami adik beradik sɛdih bila tiap kali jadi macam ni. Macam mana mak berkorb4n pun macam sia-sia je. Time s4kit tu dia puji mak sebab jaga dia bila sihat terus lupa. Sape yang tak sɛdih tengok mak dia dapat layanan macam ni.
Aku memang bukan cucu yg baik, aku tak mintak kena puji pun sebab selama ni apa aku buat semua sebab mak aku. Aku jaga nenek dekat hospital pun sebab kɛsian dekat mak. Mak tak sihat sangat, dia pun bukan muda lagi.
Tapi, aku harap korang doakan nenek aku berubah. Dan doakan lah dia sihat. Aku tak mintak lebih, aku cuma harap nenek dapat sayang mak aku dan hargai mak sebab aku dapat rasa yang mak masih lagi berharap dan mɛnagih kasih sayang nenek untuk dia.
Dari kecil dia tak dapat rasa kasih ibu yang sebenar, aku harap mak dapat rasa lepas ni, walaupun sikit. Terima kasih. Doakan yang baik-baik.
#Gambar Sekadar Hiasan.
Sumber Akak Pesan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.