Kalau tidak ada DajjaI bukan kiamatlah namanya. Dajjal itu menjadi penyedap cerita tentang kiamat. Kerana, bersama DajjaI akan ada dabbah, Nabi Isa dan Yakjuj Makjuj. Sungguhpun nama Dajjal itu tidak disebut di dalam al-Quran tapi hadis telah menceritakannya dengan jelas.
Banyak hadis yang memperincikan ciri-ciri Dajjal dan paling popular sekali adalah cerita Tamim Ad-Dari (seorang paderi Nasrani yang telah memeluk Islam) berlayar dan dipukuI ombak lalu terdampar di sebuah pulau. Hadis Tamim Ad-Dari memang sebuah hadis yang panjang menceritakan bagaimana rupa DajjaI.
Menurut Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fadlan Mohd Othman, secara umumnya ulama akan membincangkan dua benda apabila menyebut tentang DajjaI. Pertama, adakah Ibnu Shayyad itu DajjaI. Kedua, adakah DajjaI itu hidup? Dari situ perbincangan akan diperluaskan lagi.
Persoalan yang pertama, siapa itu Ibnu Shayyad? Semasa zaman Rasulullah ada seorang budak yang pelik sedikit hidupnya. Ibnu Shayyad ini menjadi tukang tilik ketika usianya masih kecil lagi tetapi kadang-kadang tilikannya benar dan ada kalanya palsu.
Disebutkan sebuah hadis dari Abdullah bin Umar yang pernah mengikut rombongan Rasulullah untuk mencari Ibnu Shayyad. Akhirnya bertemu, waktu itu Ibnu Shyyad masih kecil sedang bermain dengan kanak-kanak lain.
Saat itu umurnya hampir baligh. Dia tidak menyedari kedatangan Rasulullah, sehingga Rasulullah memegang tangannya. Baginda bersabda,
“Mahukah kamu bersaksi bahawa aku ini Rasulullah?”
Ibnu Shayyad berfikir sejenak lalu berkata,
“Aku bersaksi bahawa kamu adalah Rasulullah bagi orang-orang ummi (bµta huruf).”
Kemudian Ibnu Shayyad bertanya pula, “Mahukah kamu bersaksi bahawa aku ini Rasulullah?”
Rasulullah tidak melayan dan berkata, “Aku beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya.”
Kemudian Rasulullah bertanya kepadanya, “Apa yang engkau nampak sebenarnya?”
Ibnu Shayyad kata, “Datang kepadaku orang yang benar dan orang yang dusta.” Nabi mengatakan,
“Engkau ni kebingungan,” lalu Nabi menyambung, “Aku ada suatu benda yang aku sembunyikan.”
Ibnu Shayyad meneka, “Ad Dukh.” Rasulullah bersabda, “Pergilah, engkau tidak akan ke mana.”
Kemudian Umar meminta izin dari Rasulullah untuk menghapuskan Ibnu Shayyad. Lalu Nabi menjawab,
“Kalaupun dia itu DajjaI, engkau tidak akan boleh membunuhnya kerana yang membunuh DajjaI adalah Nabi Isa. Jika dia bukan DajjaI, apa faedah engkau hendak membunµhnya.” (HR Bukhari).
Sambung Dr. Fadlan, dari hadis itu jelas dapat dilihat tentang kebimbangan Nabi mengenai aktiviti Ibnu Shayyad yang diperkatakan oleh orang ketika itu sebagai DajjaI. Namun setelah Rasulullah menemuinya maka dia bukanlah DajjaI.
Pertamanya, jawapan Ibnu Shayyad, “ad Dukh” adalah dari singkatan Ad Dukhan iaitu maksudnya asap. Di situ para ulama menjelaskan bahawa orang yang mempunyai hubungan dengan jin ada kalanya menerima berita dengan tepat tapi ada masanya mereka akan dengar berita yang tidak lengkap. Dari situlah diputµskan bahawa Ibnu Shayyad bukan DajjaI.
Namun begitu, harus diingat di dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w bersabda,
“Akan wujud DajjaI-DajjaI sebelum datangnya DajjaI sebenar.” Para ulama mengatakan mereka bukan Dajjal yang besar sebaliknya salah seorang DajjaI-DajjaI yang menyebabkan huru-hara.
Wallahu a’lam
Sumber Kisah Ghaib
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.