Sewaktu mula-mula melihat satu video berdurasi tiga minit yang rancak dikongsi melalui laman sosiaI, ia kelihatan biasa-biasa sahaja. Seorang lelaki sedang asyik mengacah-acah seekor ular, mungkin lelaki itu seorang penghibur di taman ular.
Tidak semena-mena sahaja taring ular sudah terbenam di tangan lelaki itu. Walaupun sedikit terperanjat melihat lelaki itu dipatuk ular tetapi jangkaan di dalam hati mungkin lelaki itu terus dibawa ke hospital untuk diberi rawatan lanjut.
Tetapi kesudahan video itu lain! Lelaki itu terus mengambil sebilah pisau dan menghiris daging tangan di kawasan yang dipatµk ular. Ya Allah!
Sehubungan itu, bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, Al Islam bertemu dengan Pensyarah Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah bagi mengupas, perlukah kita menjadikan ular sebagai haiwan belaan atau pun kerjaya sehingga membahayakan diri?
Menurut Dr. Salasiah, sebenarnya terdapat dua pandangan dalam menghuraikan aspek pemeliharaan ular. Sebelum itu, beliau menekankan satu hadis riwayat Muslim yang menyatakan
“Lima binatang pengganggu yang boleh dibunµh di tanah halal mahupun di tanah haram; ular, gagak, tikus, anjing galak dan helang.”
Haiwan-haiwan seperti tikus digalakkan untuk dibunuh kerana ia merupakan haiwan per0sak dan peng0tor. Manakala ular pula seperti yang diketahui adalah haiwan yang berbisa dan mendatangkan bahaya. Maka jelas di sini bahawa ada pendapat ulama dan hadis yang mengatakan ada perintah membunuh ular, jadi kenapa perlu kita peliharanya?
Namun ada juga pendapat ulama yang membolehkannya dengan syarat sekiranya bisa ular itu dibuang dan tidak lagi berbahaya kepada kita. Lazimnya ia ditujukan kepada mereka yang membela ular untuk sumber pendapatan seperti bertugas sebagai penghibur ular di taman ular dan sebagainya. Itu pun ada pendapat khilaf juga. Sesetengah mereka berkata jika ia sudah disuruh untuk bunuh, mengapa pula kita hendak membela?
Oleh itu, jika membela ular hanya sekadar suka-suka, ia tidak boleh. Cuma saya berharap hobinya akan berubah. Namun begitu jika individu itu memang terlalu gemar dengan hobi begini dan selagi ular itu tidak berbahaya, tidak mengapalah. Begitu juga jika orang itu mencari rezeki dengan cara itu, kalau ada alternatif lain carilah rezeki yang lain.
Melihat kepada bahayanya haiwan bertaring ini, jelas sekali ia haiwan yang boleh memberi kemudaratan kepada manusia dan wajar untuk dibunuh. Ia diyakinkan dengan adanya hadis riwayat Abu Daud, dari Abu Hurairah r.a , ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tidaklah kami pernah berdamai dengannya (ular) sejak kami memusuhinya, maka barang siapa yang membiarkannya lantaran rasa takut, maka ia tidak termasuk golongan kami. ”
Malah sekali lagi ditekankan pada hadis riwayat Abu Daud yang lain, dari Ibnu Mas’ud r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda,
“Bunuhlah semua ular, barang siapa yang takut pada dendam mereka, maka ia bukan dari golongan ku.”
Dalam perspektif Islam, ular adalah haiwan yang perlu dibunuh kerana ia dikategorikan haiwan yang berbisa, beracun dan berbahaya kepada manusia.
Namun sesungguhnya masih ada tertibnya untuk kita membunuh ular, ia tidak semestinya dibunuh sesuka hati. Justeru itu ada disebut di dalam hadis Muslim,
“Sesungguhnya di rumah-rumah ada ular. Jika kamu melihatnya, buatlah peringatan suruh keluar sebanyak tiga kali. Apabila dia pergi, maka biarkanlah tetapi jika dia tidak mahu pergi, maka bunuhlah kerana ia itu kafir.”
Dalam banyak-banyak hadis yang saya baca, kalau ular masuk dalam rumah kita dan ular itu berwarna hitam, berbelang di ekor dan pendek, kita perlu beringat kerana kita tidak tahu sama ada ia ular betul atau jelmaan. Ada hadis Musnad Ahmad menyatakan
“Seorang lelaki dari Bani Uzrah disembunyikan oleh jin beberapa hari kemudian dibebaskan dan menceritakan pengalaman dia.”
Ini merupakan kisah benar. Akibat kesalahannya membunuh ular hitam, dia dimasukkan ke mahkamah perbicaraan jin. Dia telah disoal tentang tindakannya membunuh ular yakni salah seorang daripada rakyat jelata jin.
Lelaki tersebut menjawab, dia tidak mengetahui itu adalah rakyat jelata jin dan dia hanya tahu ular adalah sejenis haiwan berbisa. Dia akhirnya meminta maaf dan pengakuannya diterima sehingga menyebabkan dia dibebaskan. Walaupun cerita ini pelik tetapi benar.
Kesimpulan yang kita dapat daripada kisah ini adalah untuk membunuh ular di dalam rumah, kita perlu memberi peringatan. Ini kerana jika ular itu jelmaan jin, ia faham apa kita cakapkan dan ia akan berlalu keluar. Peringatan juga haruslah sebanyak tiga kali, dan sekiranya ular tersebut tidak keluar selepas tiga kali peringatan, maka ular itu boleh dibunuh,” tegas Salasiah.
Sumber Feqh Muassir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.