Ini Sebab Uri Bayi Perlu Ditanam & Tidak Boleh Dibuang Sesuka Hati. Baca & Fahami Penjelasan Ini

Menerima orang baharu dalam keluarga memang amat mengujakan. Masakan tidak, kehadiran si kecil itu akan menambahkan penyeri dan mengikat kasih antara suami dan isteri.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, lazimnya uri si comel berkenaan akan dibasuh sebelum pihak hospital menyerahkan kepada si bapa untuk ditanam.

Demikianlah yang seringkali masyarakat kita lakukan apabila menerima cahaya mata.

Persoalannya, kenapa kita perlu menanam uri bayi berkenaan? Tidak bolehkah ia dibuang begitu sahaja seperti tempat pembuangan sampah?

Ujar Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia yang juga pendakwah selebriti, Dr Mohamad Fitri Mohamad Haris, sebenarnya kita tidak digalakkan untuk membuang uri bayi begitu sahaja.

Ia kerana, uri berkenaan merupakan sebahagian daripada diri kita, jelasnya.

“Andai ia diperlakukan sebegitu, dikhuatiri uri berkenaan akan menjadi makanan haiwan-haiwan liar seperti anjing dan selainnya.

“Tambahan pula, makruh hukumnya jika uri itu dibuang,” jelasnya.

Beliau menambah, tindakan yang paling baik dilakukan adalah dengan menanam uri bayi berkenaan menggunakan cara yang betul kerana kita disunatkan berbuat demikian.

Seperkara lagi, katanya, tujuan ia ditanam bagi mengelakkan timbulnya perkara tidak elok pada kemudian hari.

“Ini kerana ada sebilangan orang yang menyalahgunakan uri untuk tujuan sihir dan sebagainya.

“Pada masa sama, jangan pula kita menanam uri berkenaan dengan meletakkan garam, buku, rebus terlebih dahulu dan sebagainya supaya bayi tersebut pandai. Ketahuilah, itu hanyalah kepercayaan yang boleh mendatangkan khurafat,” ujar beliau.

Ada sebab rupa-rupanya kenapa kita tidak dibenarkan sewenang-wenangnya buang uri begitu sahaja. Justeru, ikutilah apa yang disarankan oleh agama Islam demi kebaikan kita bersama.

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post