Stigma masyarakat hari ini sememangnya sukar untuk diubah apabila membincangkan mengenai nasib bekas bandµan sebaik sahaja hukµman penjara mereka tamat.
Kesukaran dalam mendapatkan punca rezeki yang halal dikatakan antara punca sebilangan daripada golongan tersebut memilih untuk kekal di jalan geIap.
Namun, tidak bagi pengasas jenama Edar.com, Suthan Mookaiah yang memberi peluang kedua kepada bekas banduan dengan menawarkan kerja dalam perusahaan kecilnya itu.
“Pihak kami ingin membantu golongan berpendapatan rendah (B40), terutamanya bekas banduan kerana mereka biasanya tersisih daripada komuniti. Pada saya, jika mereka ini tidak dibantu, ia akan menjadi masalah sosial komuniti yang lebih kronik,” katanya.
Tambahnya, pengalamannya ketika membesar dalam komuniti kurang bernasib baik di Kajang menjadi antara sebab untuknya mengambil pendekatan membantu golongan itu.
“Secara peribadinya, saya berasal daripada keluarga susah yang menetap di ‘black area’, jadi memang sejak kecil terbiasa. Sekarang, apabila disaat saya lebih baik, saya ingin membantu,” jelasnya.
Syarikat yang dahulunya dikenali sebagai BeliGas itu ditubuhkan pada 2020 untuk membeli minyak masak terpakai untuk ditukar dengan minyak baharu yang dijual dengan harga diskaun.
Ketika ini, perusahaan tersebut sudah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dengan lebih 300 pusat pertukaran di beberapa buah negeri, termasuk Kuala Lumpur dan Selangor.
Tidak cukup dengan itu, pengguna juga boleh melayari laman sesawang rasmi syarikat itu atau menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun di peranti untuk mendapatkan khidmat mereka.
Perusahaan itu turut menawarkan beberapa perkhidmatan lain termasuk penghantaran gas memasak, barangan runcit dan keperluan lain dengan mengenakan caj yang berpatutan kepada pengguna.
Dalam masa sama, Suthan tidak menoIak bahawa terdapat sedikit cabaran yang perlu dihadapi menerusi inisiatif itu, tetapi dia masih tekad untuk membantu bekas banduan.
“Ada banyak cabaran, bukan semua yang diambil bekerja benar-benar mahu berubah dan akan ada isu yang timbul. Kebiasaannya, kami akan bertindak membuang pekerja yang tidak melepasi tempoh pemulihan,” katanya.
Selain itu, Suthan turut berharap inisiatif murni itu dicontohi beberapa perusahaan lain agar membolehkan lebih ramai bekas banduan mampu menambah baik nasib mereka.
“Masyarakat perlu memberi ruang dan peluang kepada mereka yang memerlukan. Semakin banyak kita membantu, semakin murah rezeki.
“Semestinya, kami ingin sebanyak mungkin pemain industri lain peka kepada sumber pekerja. Ia dapat membantu mengisi kekosongan kronik dan juga menjadi tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing,” katanya.
Edar selepas ini akan menjalankan satu program perintis dengan kerjasama United Nation Global Compact (UNGC) yang berpengkalan di negara ini untuk memupuk kesedaran mengenai cara pelupusan minyak masak terpakai secara betul.
Sumber Majoriti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.