Ulama terkenal, Dr. Yusuf al-Qaradawi berfatwa bahawa bank susu dibenarkan dan harus. Namun kebanyakan ulama dari empat mazhab menolak bank susu. Begitu juga dengan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-97 yang turut mengharamkan penubuhan bank susu.
Bagaimana dikatakan bank susu itu diharuskan? Apakah alasan-alasannya yang boleh menguatkan lagi fatwa tersebut. Al-Qaradawi memfatwakan ia harus bersandarkan kepada tiga aIasan.
Pertama, bank susu diharuskan penubuhannya kerana jika ia dapat membantu bayi yang berada di dalam keadaan yang mengakibatkan kematian. Jelas al-Qaradawi, ia harus sekiranya dapat membantu menyelamatkan nyawa bayi yang berada di dalam keadaan kronik sebagai contoh bayi pramatang yang memerlukan susu ibu untuk menguatkan kelansungan hidup bayi tersebut.
Keduanya menurut al-Qaradawi, penubuhan bank susu diharuskan kerana bancuhan susu itu tidak menjadikan nasab kepada bayi. Bagi susu yang diambil dari penderma, ia dikeringkan dengan kaedah pengewapan sehingga menjadi bentuk serbuk. Apabila ingin diberikan kepada bayi, susu tersebut dibancuh dengan air.
Ia telah bercampur dengan unsur lain. Pada situasi ini, kadar susu adalah kurang daripada kadar air, maka susu yang telah dicampurkan air dibolehkan dan kaedah ini tidak mensabitkan pengharaman perkahwinan antara bayi dengan wanita yang memberikan susunya serta ahli keIuarganya.
Ketiga pula, ia diperkukuhkan lagi fatwa Ibnu Hazm yang mana tidak dijatuhkan pengharaman perkahwinan selagi bayi tersebut tidak menghisap terus dari payudara. Maka segala sumber susu yang diperoleh dari bank susu akhirnya akan diguna oleh bayi melalui perantaraan lain seperti botol, tiub atau disuntik. Dari situlah dikatakan tidak dijatuhkan sah dari sudut syarat susuan.
Sementara itu, antara yang menoIak penubuhan bank susu ini adalah kebanyakan ulama mazhab empat. Majoritinya menolak kerana ia boleh membuka kepada ruang kerosakan besar kerana ingin menolak kerosakan yang masih samar terutama sekali tentang nasab. Untuk disabitkan nasab, seseorang bayi itu haruslah lima kali kenyang oleh ibu yang sama.
Haruslah lengkap maklumat
Persoalannya, masyarakat atau orang awam perlu memilih jalan mana, atas alasan dan sebab apa yang mengukuhkan pilihan tersebut. Bagi Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salasiah Hanin Hamjah, beliau menerangkan hujahnya tersendiri.
Jika di Australia, negara mereka turut mengadakan bank susu namun kendaIian mereka cukup sistematik dan menjaga butiran lengkap penderma dan penerima susu. Setiap susu yang mereka dapat akan diberikan label disusuli dengan maklumat lengkap penderma, jelas sekali susur galur penderma dan penerima disimpan dengan baik.
Tetapi jika dilihat pada operasi bank susu, rata-ratanya tidak menggunakan kaedah ini. Maka perkara ini yang merunsingkan terutama sekali jika berkaitan dengan hukum dan nasab. Jika bayi tersebut terancam keselamatannya dengan pengambilan susu selain susu ibu, kita masih ada kecanggihan teknologi lain dan masih boleh menggunakan alternatif lain bagi mengatasi permasalahan itu,” ujar Dr. Salasiah.
Jelasnya, ia boleh merosakkan keturunan bayi tersebut melainkan jika susu yang diberikan melalui syarat-syarat yang betul dan menjaga keturunan bayi tersebut sehingga bila-bila. Tambahnya juga, masih ada cara lain yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk membantu bayi yang memerlukan susu ibu seperti bayi pramatang dan juga bayi yang alah kepada susu formula.
Sekarang sudah ada kemudahan teknologi canggih yang dapat membantu bayi menerima susu lain seperti susu soya, susu formula dan susu kambing. Kata Dr. Salasiah juga, Malaysia turut menegaskan pendiriannya terhadap isu bank susu ini.
Pada Disember 2011, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-97 menjelaskan tidak diharuskan penubuhan bank susu kerana alasannya Islam menyuruh kita menjaga nasab keturunan.
Tambah muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, penubuhan bank susu di Malaysia belum lagi sampai tahap darurat. Ini kerana masih ada alternatif lain .
Disimpulkan di sini, Dr. Salasiah sendiri mengatakan dia tidak bersetuju dengan konsep bank susu yang diaplikasikan terutama sekali di kalangan masyarakat Islam. Bersandarkan dengan pandangan ulama empat mazhab dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Dr. Salasiah menegaskan bank susu jelas sekali boleh menimbulkan kerosakan nasab.
Jika ada ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu dan pada masa yang sama anaknya mempunyai masalah kesihatan yang kr0nik serta menjejaskan kesihatan, kaedah menggunakan ibu susuan dibolehkan asalkan menepati syariat seperti mengenal pasti dan menyimpan maklumat penderma susu dan sentiasalah berhubung.
Wallahu a’lam
Sumber Feqh Muassir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.