D4rah Syuhada Itu Terus Menitis, Tempat Usungan May4t Berbau Harum

Pada suatu petang ketika saya sedang memberikan kuliah kepada kira-kira 20 orang para muj4hid di perbatasan Bosnia, tiba-tiba muncul Toreq membawa khabar tentang kem4tian seorang rakan kami.

“Ustaz, Abdul Rahman meningg4l malam tadi…” kata sahabat saya itu.

“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun…kena temb4k ke?” saya bertanya sedikit cem4s.

“Kata kawan-kawan, kena mort4r,” balas Toreq.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dos4nya, kata saya lagi. Ketika itu saya terbayangkan wajah Abdul Rahman yang sentiasa ceria sejak menyertai rombongan kami seramai 50 orang sebagai pendakwah ke Bosnia.

“Kitalah kena uruskan Ustaz,” kata Toreq apabila melihat saya terdiam beberapa ketika. Saya hanya mengangguk, tak sepatah saya berkata. Tiada siapa tahu, ketika itu dada saya terasa cukup sebak, kenangan terhadap Abdul Rahman datang bertimpa-timpa.

Bersama Toreq dan beberapa rakan lagi, kami berkenderaan ke kampung tempat tr4gedi berlaku. Jauhnya lebih kurang 20 kilometer. Dalam perjalanan selama setengah jam itu, saya bertanya kepada Toreq, adakah ahli kumpulan kami yang berselerak di seluruh Bosnia mengetahui akan kem4langan yang menimpa Abdul Rahman, pemuda Arab berusia 19 tahun itu.

Jawab Toreq, yang dekat-dekat sudah tahu, mereka akan datang, tetapi yang jauh belum dapat dihubungi.

Tiba di suatu kawasan kampung di kaki sebuah pergunungan, kami menghala ke sebuah rumah. Beberapa orang kelihatan berada di luar, semuanya memakai baju tebal.

Dari jauh kedengaran suara bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Sebelum melangkah masuk, jelas beberapa bahagian dinding, tingkap dan bumbung rumah koy4k r4bak, terkena pelųru temb4kan. Rumah itu agak besar dari yang lain.

Jenazah Abdul Rahman terbujur di tengah rumah. Kain yang menutup tubuh Allahyarham saya lihat penuh dengan tompokan d4rah.

Perlahan-lahan saya menyelak kain itu untuk melihat wajahnya. Ya Allah…! Hampir sebelah mukanya r4bak, cukup menger1kan. Memang sukar mengenali Abdul Rahman kerana selain wajahnya berubah, d4rah memenuhi setiap ruang. Badannya pula berlub4ng sana sini terkena pelųru raifal M16.

Saya tatap wajah arw4h dan nampak seolah-olah dia sedang tersenyum. Saya tutup kembali dan membacakan ayat-ayat suci. Air mata saya bercucuran beberapa ketika. Bersama beberapa penduduk tempatan, kami uruskan upacara pengebum1an. Oleh kerana jen4zah para syuhada tidak perlu dimandi dan dikapan, kami sembahyangkan mengikut amalan Mazhab Hanafi.

Tiada sebarang habuk, debu ataupun d4rah yang kami bµang daripada tubuh jen4zah, yang kemudiannya kami usung beramai-ramai ke tanah perkųburan. Pelik, jen4zah Abdul Rahman terlalu lembut, seperti baru beberapa minit meningg4l, walhal telah hampir 24 jam m4yatnya dibaringkan di tengah rumah.

Dar4h merah masih ada yang menitis dari bekas luk4 di seluruh badannya. Saya dan rakan-rakan lain terperanjat melihat keadaan itu. Biasanya d4rah akan segera beku apabila lama terdedah.

Setelah semuanya selesai, saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke kem, begitu juga rakan yang lain. Kem4tian Abdul Rahman tidak langsung mem4tahkan semangat kami untuk terus berdakwah di Bosnia.

Memang niat kami sejak dari kampus Universiti Madinah lagi untuk berada di Bosnia dalam tempoh yang lama. Kehilangan seorang sahabat selepas tiga bulan berdakwah, tidak langsung menggusarkan.

Malam itu sebelum terlelap, Toreq bertanya adakah saya nampak jari telunjuk kanan Abdul Rahman tegak seperti orang yang sedang tahiyat dalam solat. Saya hanya mengangguk. Sebelum ini, saya sangkakan hanya saya yang nampak. Sekali lagi Allah SWT memperlihatkan kebesarannya kepada mereka yang syahid.

Per4ng Bosnia 1992-1995 menyebabkan lebih 100,000 nyawa terkorb4n dan 2 juta orang hilang tempat tinggal serta menjadi pel4rian. Majoritinya Muslim Bosnia.

Saya bangun, lalu keluar dari khemah. Saya dongak ke langit, tiada sebutir bintang pun. Cuaca sejuk mencucuk-cucuk hingga ke tulang hitam.

Fikiran saya berputar dan tiba-tiba teringatkan kata-kata terakhir Abdul Rahman sebulan lalu. Ketika itu kami bertemu pada suatu majlis.

“Ustaz, beberapa hari lalu saya mimpi syahid di sini,” katanya sambil tersenyum.

Saya tidak segera menjawab, namun seketika kemudian saya memberitahunya: “Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.”

Abdul Rahman tersenyum mendengar jawapan itu. Kemudian dihulurkan tangan, bersalaman sambil menepuk-nepuk bahu saya.

“Sampaikan salam saya kepada rakan-rakan dan keluarga jika ustaz kembali ke Madinah,” katanya terus mendakap saya. Cukup erat dakapannya. Agak lama kami dalam keadaan begitu.

Kemudian saya teringat pula beberapa rakan yang juga turut dilanda mimpi yang sama. Seingat saya, jika kawan-kawan yang bermimpi begitu, mereka syahid beberapa hari kemudian.

Saya merasa cukup insaf dengan keadaan itu. Malam itu entah berapa kali saya hadiahkan Fatihah buat para syuhada di bumi Bosnia, termasuk Abdul Rahman.

Ramai muj4hidin dari pelbagai negara datang membantu penduduk Bosnia mempertahankan diri daripada serangan mil1tan Serb dan Croat. Namun ramai yang gugµr syahid, termasuk Abdul Rahman.

Dua bulan kemudian, saya datang semula ke kampung, tempat Abdul Rahman terbµnuh kerana diundang memberikan ceramah. Saya ke rumah tempat menguruskan jen4zah Allahy4rham dahulu kerana di situlah tempat saya menyampaikan ceramah. Saya lihat ia sudah menjadi dewan orang ramai, penuh dengan kerusi. Lebih kurang seratus penduduk tempatan, termasuk ibu-ibu sudah sedia menunggu.

Kami disambut mesra oleh ketua kampung yang memang kami kenali. Namun sepanjang sesi ceramah itu, fikiran saya kerap terkenangkan Allahyarham Abdul Rahman.

Tengah hari, sesi ceramah berhenti rehat. Selepas menikmati hidangan ala kadar, kentang rebus dan telur goreng, saya ke paip di penjuru belakang rumah itu untuk berwuduk sementara menunggu waktu Zuhur.

Tiba-tiba saya bersama beberapa yang lain terpegun melihat usungan yang kami gunakan membawa jen4zah Abdul Rahman ke kubµran dua bulan lalu. Kami lantas membelek-beleknya, masih terdapat kesan dar4h yang masih basah.

“Mustahil…” kata seorang teman.

“Bukankah sudah dua bulan Allahy4rham meningg4l?” sambungnya lagi.

Saya temui ketua kampung tadi. Saya bertanya, sudah berapa ramai yang menggunakan usungan itu selepas Allahy4rham Abdul rahman?

“Tak ada…” jawab ketua kampung itu ringkas.

Menurut beliau lagi, usungan itu terbiar di situ kerana sejak Abdul Rahman meningg4l, belum ada kem4tian di kalangan penduduk di situ. Dia turut menceritakan bahawa penduduk kampung kerap tercium bau harum sekitar tempat usungan Abdul Rahman diletakkan, terutama waktu penduduk bangun pagi untuk solat Subuh.

Beberapa orang penduduk yang saya temui mengaku sentiasa tercium bau yang cukup harum ketika melintasi kawasan para syuhada, di tanah perkµburan yang menempatkan jasad Abdul Rahman.

Hingga sekarang saya terfikir-fikir akan perbezaan yang Allah SWT perlihatkan antara m4yat orang Islam dan Serb. May4t pengg4nas Serb hitam legam dan cepat bµsuk, berbau dan repµt sekalipun keceder4annya tidak seteruk mana.

Sementara m4yat orang Islam, kelihatan lebih ‘tenang’ sekalipun mengalami keceder4an p4rah. Memandang saja may4t yang bergelimpangan, kita tahu adakah itu orang Islam atau tidak. Keadaan yang ditunjukkan Allah SWT ini memudahkan penduduk Islam Bosnia dan juga tugas kami.

Walaupun para syuhada dijanjikan menerima balasannya pada hari ki4mat, tetapi dengan kuasaNya, segala yang berlaku dipertontonkan-Nya kepada kita.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Sumber Ustaz Wan Sohor Bani Leman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post