Anak-anak kita kini berbeza dengan kita di waktu kecil dahulu. Hidup mereka kini dilimpahkan dengan kemewahan. Dek kerana itulah anak-anak kita zaman ini tidak terbiasa hidup berdikari.
Anak-anak kecil seharusnya didedahkan dengan erti berdikari lebih awal iaitu ketika waktu mereka kecil lagi.
Biar mereka tahu erti susah sebelum mula menikmati hidup senang. Perkongsian Cikgu Fadli Salleh yang cukup dikenali sebagai pendidik mulia ini berkongsi tip buat ibu bapa.
Benar kata beliau, biarlah anak-anak berhimpit, beriba dengan kereta kecil asal mereka tahu erti susah. Semuanya untuk mereka kelak.
Anak-anak dulu demand, kalau makan aiskrim ke, Starbυcks ke, nak sorang satu. Kalau nak ke mana-mana nak naik kereta besar.
Selesa duduk satu seat seorang. Makan pun mewah satu sorang tak payah kongsi. Tapi aku tak ajar gitu. Kalau beli air ke, aiskrim ke, satu tu kena kongsi dua orang. Kadang kongsi tiga. Biar berebut makan sampai bergaduh tak apa, asal kongsi.
Sama juga nak ke mana-mana, kalau berdekatan, jarak kurang sejam, memang naik Kelisa je lah. Biar berhimpit, biar sampai beriba. Biar sampai gadυh menjerit semua.
Biar. Biar. Biar.
Kerana yang sedikit bila dikongsi lebih membahagia. Yang sempit bila terhimpit makin gembira.
Terlampau senang dan selesa hanya menjadikan mereka manja. Kena rasa sedikit susah untuk dikenang di hari muka. Agar ada kenangan berebut airkrim, agar ada memori menangis bertoIak dalam kereta kecil.
Ingatlah anak-anak. Kita cuma hamba yang menumpang di bumiNya. Siapa pun kalian di suatu masa, jangan sesekali angkuh dan b0ngkak mendabik dada.
Kerana bumi di bawah ini bukan ibumu yang hamparkan. Dan langit di atas itu bukan ayahmu yang tongkatkan.
Kita hidup berTuhan.
Sumber Fb Mohd Fadli Salleh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.