Membawa ibu yang menghidap str0k ke bank untuk urusan pengeluaran wang tetapi tertinggaI kad pengenalan. Bagaimanapun tindakan pegawai bank di Machang, Kelantan meraih pujian warga maya kerana memudahkan urusan pelanggan.
Menerusi video berdurasi 21 saat, pengguna tikt0k s.nass berkongsi beliau telah hadir ke cimb bank cawangan machang bagi proses pengeluaran wang dari akaun ibunya.
Namun, beliau secara tidak sengaja tertinggaI kad pengenalan ibunya sedangkan jarak rumah dan bank berkenaan mengambil masa lebih dua jam.
Menurut Nass, kad pengenalan sememangnya mustahak bagi apa sahaja prosedur bank. Bagaimanapun ketika itu beliau hanya membawa salinan kad pengenalan ibunya sahaja.
Bagaimanapun atas budi bicara dan jasa baik pihak bank, proses pengeluaran wang ibunya dibolehkan.
“Pegawai bank datang ke kereta, ambil cap jari emak. selesai. terima kasih semua pegawai cimb machang kerana memudahkan urusan kami”, titipnya.
Tidak hanya proses pengeluaran dibenar mengguna salinan kad pengenalan, pegawai bank tersebut sanggup keluar ke kereta bagi menemui dan mendapatkan cap jari ibunya.
Perkongsian menarik itu mendapat lebih daripada 260,000 tontonan dan hampir 10,000 tanda suka.
Tindakan pegawai bank wanita itu mendapat pujian daripada pengguna TikT0k. Rata-rata warganet mengatakan ia wajar dijadikan contoh untuk membantu memudahkan urusan pelanggan yang uzur atau tidak berkemampuan dari segi fizikal.
Komen warganet:
– “Inilah contoh staf yang patut dicontohi. Tidak kisah di mana-mana jabatan sekalipun, melayani pelanggan warga emas dan yang kurang berkemampuan.
– “Terbaik staf CIMB Machang. Boleh dijadikan contoh kepada kakitangan yang lain.”
– “Sebenarnya boleh sahaja buat pengeluaran duit tidak perlu ke bank (seperti video yang tular sebelum ini). Semuanya atas budi bicara pihak bank.
– “Ini baru betul datang ke kereta. Bukan yang s4kit terpaksa masuk dengan katil. Kita sebagai manusia harus memiliki hati yang memahami sesama sendiri.”
– “Respect, jarang-jarang dibuat oleh pihak bank. Terima kasih semua kakitangan bank kerana memudahkan urusan makcik ini. Semoga Allah memudahkan urusan kalian.”
– “sbnrny blh je yg skit ni nk keluarkn duit xpyh pg bank (mcm yg viral hrtu), semua ats budi bicara phak bank..mcm dlm vdio ni la”
– “alhmdulillah..hari tu bwak ma y str0k g bank bsn..meme layanan terbaik mcm ni la.memudahkn urusan.”
– “cimb bank machang mmg bgus..aritu nk buka akaun adik spttnye kene ad surat majikan bru blh..tp sbb adk ngsuh ank sdra..jd xdk surat majikan.”
– “benda atas budibicara sama ada memudahkan atau menyukarkan. TAHNIAH CIMB.”
– “ni baru betul dtg kt kereta, bukan yg s4kit terpaksa bawak masuk skli dgn katil…harus memiliki hati yang memahami sesama sendiri.”
Kredit TikT0k@@s..nass
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.