Bawa Anak Kecil SoIat Di Masjid, Berikut Tip Elak Anak Ganggυ Jemaah Lain

 

Setiap ibu bapa di luar sana mempunyai tanggungjawab memastikan anak mereka mengenali agama Allah SWT. Sesibuk mana sekali pun, pastikan anda tidak alpa dalam mendidik si manja dengan nilai murni serta pegangan agama yang kuat di jiwanya.

Oleh itu, ramai ibu bapa mengambil kesempatan membawa anak ke masjid dengan harapan agar si anak berjinak-jinak dengan ibadah.

Namun begitu, ada juga mak ayah yang terpaksa membatalkan hasrat mereka kerana bimbang anak kecil mereka mengganggu jemaah lain.

Hukυm kanak-kanak dibawa ke masjid dan dukung bayi ketika solat

Dalam mazhab Syafie, para fuqaha berpendapat bahawa tiada masalah untuk membawa kanak-kanak ke masjid berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Qatadah RA iaitu,

“Aku melihat Nabi SAW mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulullah SAW. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud baginda mengangkatnya semula.” (Hadis Riwayat Muslim)

Selain itu, melalui hadis ini ulama juga mengatakan bahawa perbuatan solat sambil mendukung bayi adalah dibenarkan, jelas portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Tip bawa anak solat di masjid tanpa ganggυ jemaah lain:

1. Pilih masjid yang mesra jemaah.

Sebaik-baiknya pilihlah masjid yang luas, sejuk dan mempunyai kanak-kanak lain. Ini kerana masjid yang sempit boleh membuatkan anak-anak anda berasa tidak selesa.

2. Sediakan keperluan makanan dan mainan.

Anak yang masih kecil mungkin akan cepat meragam jika mereka lapar dan bosan. Oleh itu, sediakan keperluan makanan dan minuman supaya mereka tidak lapar atau dahaga.

Anda juga boleh membawa mainan kanak-kanak agar masa lapang anak dapat diisi. Tetapi, pastikan barang permainan tersebut tidak bising dan menganggu jemaah lain seperti buku warna, patung kegemaran dan lain-lain.

3. Membimbing dari masa ke semasa tentang adab di masjid.

Sentiasa membimbing serta mengingatkan anak-anak tentang adab berada di masjid seperti tidak meninggikan suara ketika bercakap dan berlari-lari sekitar ruang utama solat.

Nasihat boleh diberikan kepada anak bermula dari rumah lagi dan sepanjang berada di masjid.

4. Mengajak untuk bersolat bersama.

Selain itu, ajak dan beri galakan kepada anak anda untuk mengikuti imam supaya dia dilatih untuk bersolat.

5. Solat di hujung saf atau bersama saf kanak-kanak.

Bagi anak yang tidak menganggu tetapi keselamatannya dibimbangi oleh ibu bapa, tiada masalah untuk meletakkan anak di sebelah. Namun, dalam situasi ini, ibu bapa disyorkan bersolat di tepi dinding atau hujung saf.

Jika anak itu mampu berdikari, dia boleh berada bersama kanak-kanak di saf mereka tersendiri.

6. Beri pujian apabila dia berkelakuan elok dan tegah jika dia meIampaui batas.

Jangan lupa juga untuk memuji anak anda apabila dia berkelakuan baik supaya dia bersemangat untuk terus menjadi baik.

Dalam masa sama, beri peringatan jika anak anda tersaIah laku agar dia dapat memperbetulkan kesilapannya.

7. Solat di rumah lebih baik.

Bagi kanak-kanak yang terlalu kecil dan susah dijaga sehingga boleh mengganggu jemaah lain, maka sebaik-baiknya anak itu tidak dibawa ke masjid.

Dalam hal sedemikian, lebih baik bagi para ibu untuk beribadah di rumah sahaja jika risau tidak mampu mengawal keadaan anak di masjid.

Demikian beberapa perkara yang perlu diambil perhatian apabila membawa anak anda ke masjid.

Yang paling penting, jangan biarkan anak anda begitu sahaja tanpa mengawasinya kerana jika tidak, dia tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain.

Namun, dalam masa sama, jangan pula mengherdiknya kerana bimbang anak kecil itu tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.

Ingatlah, kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Oleh itu menjadi sebahagian tanggungjawab kita sebagai orang dewasa untuk menguruskan mereka.

Jadi, latihlah anak anda untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya dia menjadi biasa serta lebih bersifat tertib dan tenang ketika berada di sana.

Sumber Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post