Terlalu merindui arw4h ibu, jemaah wanita rebah tiga kali. Demikian perkongsian Ustazah Asma’ Harun, pendakwah wanita yang cukup terkenal dan disegani selepas melakukan saie.
Pendakwah ini kerap menyampaikan ilmu bukan sahaja di kuliah-kuliah agama tetapi juga di platform media sosial seperti di Faceb0ok dan Y0uTube.
Perkongsian ilmu secara langsung di media sosial menjadikan nama Ustazah Asma’ sering disebut-sebut kerana beliau mengajak ke arah kebaikan.
Selain berceramah, menghasilkan beberapa judul buku bacaan umum, Ustazah Asma’ turut menyertai trip umrah dan haji. Dalam satu perkongsian di Facebooknya, Ustazah Asma’ ada bercerita tentang pengalamannya berhadapan dengan jemaah yang rebah ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah.
“Allah… Mak… Mak… Allahu Akbar, 3 kali jemaah wanita ini rebah atas pangkuan saya dan beberapa jemaah wanita lain.
“Sebaik selesai ibadah saie, tujuh kali ulang alik sejauh lebih kurang 3.5 kilometer (km), setibanya di Bukit Marwa, beliau pada awalnya stabil dan memeluk saya dengan kuat sambil memberitahu bahawa umrah yang dilakukan ini untuk Allahy4rham ibu.
“Saya cuba menyejukkan hatinya dengan berulang kali memberitahu bahawa, “Insya-Allah, kita berdoa dan bersangka baik bahawa pahala umrah ini telah membahagiakan arwah ibu beliau hingga alam barzakhnya bercahaya dan ibarat taman syurga, insya ALLAH tak lama lagi akan berkumpul kembali di syurga,” cerita Ustazah Asma.’
Menurut Ustazah Asma’ seteleh selesai mengerjakan saie, kaki wanita itu seolah tidak berdaya walaupun sedikit pun. Badannya juga lemah longlai. Lidahnya tidak henti-henti menyebut Allah.. Mak.. Mak.. Mak.. dengan air mata yang bercucuran.
“Boleh jadi sepanjang perjalanan bermula dengan tawaf dan saie, ingatan dan hatinya sarat rindukan arwah ibunya yang tidak terbendung lagi. Pengalaman sendiri, setiap kali melakukan ibadah badal umrah buat arwah ayah memang akan terasa sangat berat dan sayu, sepanjang tawaf dan saie seperti terbayang-bayang wajah arw4h dengan senyuman dan suara memanggil nama kita,” jelas Ustazah Asma’ lanjut.
Jelas Ustazah Asma’ lagi, jemaah wanita itu berusia sekitar 62 tahun. Beliau adalah anak yang direzekikan untuk menjaga ibunya sehingga kembali ke pangkuan Iahi sekitar empat tahun yang lalu.
“Saat itu arw4h ibunya berusia sekitar 80 tahun lebih. Suaminya juga telah meninggal dunia sebelum ibu tercinta. Begitulah yang diceritakan oleh adik dan kakaknya yang juga turut sama dalam jemaah umrah kali ini.
“Akhirnya kerana ketidakmampuan beliau berjalan bahkan untuk berdiri pun tidak mampu, lalu wanita ini ditolak dengan kerusi roda hingga ke bilik. Begitulah antara kisah sayu yang berlaku ketika menunaikan ibadah umrah,” jelas Ustazah Asma’.
Akui Ustazah Asma’ lagi, sebenarnya banyak kisah syahdu yang berlaku ketika beliau menyertai trip mengerjakan umrah. Kebanyakan jemaah yang menyertai trip umrah majoriti terdiri daripada mereka yang berusia dan uzur. Masing-masing sarat dengan pengalaman hidup yang pahit dan manis.
Diharapkan dengan perkongsian Ustazah Asma’ ini dapat dijadikan iktibar agar dapat dijadikan panduan bersama. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik di dunia dan di akhirat.
Sumber FB Ustazah Asma’ binti Harun
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.