Cara Cikgu Ajar Bahasa Inggeris Buat murid-Murid Seronok & Semangat Untuk Belajar Tarik Perhatian Netizen

 

Cabaran mengajar di sekolah pada hari ini memang cukup hebat lebih-lebih lagi mengajar murid-murid sekolah rendah.

Selain bertungkus lumus menyiapkan bahan mengajar agar sesi pembelajaran menjadi lebih berkesan di samping tidak membosankan, cikgu juga perlu mempersiapkan mental dan emosi masing-masing untuk bersedia melayan pelbagai ragam murid lebih-lebih lagi murid tahun satu.

Berkongsi pengalaman mengajar Bahasa Inggeris bagi murid darjah satu, video yang dimuat naik oleh TcerNana di TikT0k mendapat sambutan dan pujian netizen.

Menurut TcerNana, apabila mengajar murid darjah satu, automatik cara penyampaian juga ke arah kebudak-budakan. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian murid-murid agar fokus di dalam kelas dan faham dengan ilmu yang disampaikan lebih-lebih lagi mata pelajaran Bahasa Inggeris yang sering dianggap sυsah.

Menerusi video tersebut, TcerNana dilihat sedang mengajar murid-murid berkenaan masa, semalam, hari ini dan esok.

Dia membuat gaya tertentu sambil menyebut perkataan Bahasa Inggeris itu agar murid-murid lebih mudah mengingatinya.

Dengan cara seperti itu juga, kelas akan menjadi lebih menyeronokkan dan murid-murid tidak mengantuk. Buktinya, dalam video ini, murid-murid kelihatan begitu seronok belajar perkataan-perkataan seperti ‘today, tomorrow, yesterday‘, malah dapat mengingati terjemahan Bahasa Melayu perkataan tersebut dengan baik.

Melihatkan telatah murid-murid yang begitu seronok belajar seperti itu, netizen menyokong tindakan TcerNana dan mendoakan TcerNana terus kuat dan bersemangat untuk mengajar murid-murid.

Komen netizen:

@Nurul Afiedah267:Cikgu nie lah yg anak sy ckp Tu..die nk Cikgu pra sekolah die cm Cikgu ni

@Julayka Junaidi:Kalau lah teacher aku dulu gini.. mesti english aku lagi pandai dr skrg..

@Sis Roy:konsep pembelajaran tidak semestinya pelajar duduk saje.. guru memberikan kelainan dan pelajar tak mudah mengantuk dan bosan semasa sesi pembelajaran.

@Ramzibroker:sy hrp ticer tau apa persamaan sy dgn mat kilau.mat kilau penent4ng lnggeris,sy gagal bahasa inggeris..

@ummilunais:ajar budak sekolah rendah memang memenatkan tapi fun gilaaa dgn dyeor

@Ohsem collection88:Allahu menitis air mata tgk cikgu struggIe mengajar anak² muridnya supaya fhm

Kredit tiktok@tcer.nana

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post