Peng0rbanan Seorang Ibu, Kisah Hidup Mary Ann Bevan Sanggup Digelar Wanita Paling Hodoh Demi Besarkan Anak – Anak

 

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan setiap daripada kaum Hawa menyukai keindahan dan cuba tampil cantik.

Namun seorang wanita, Mary Ann Bevan sanggup mengenepikan maruah dan membiarkan diri digelar wanita paling hod0h demi menyara keluarga. Kisahnya sentiasa menjadi sebagai lambang keluhuran kasih sayang seorang ibu.

Mary Ann Bevan dilahirkan pada 10 Disember 1894 adalah seorang wanita England yang jelita. Ibu kepada empat cahaya mata itu bertugas sebagai jururawat sehingga penyakit dinamakan acromegaly yang menyebabkan perubahan pada fizikalnya.

Kebahagiaan yang dikecapi berakhir apabila suaminya, thomas bevan meninggal dunia pada tahun 1914. Pendapatan bevan sebagai jururawat tidak mampu menampung keperluan empat anaknya.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, pada saat kekalutan melanda keluarganya, penyakit acromegaly yang bersarang di dalam tubuh Bevan mula menunjukkan gejaIa. Kelainan itu tercetus akibat penghasilan hormon pertumbuhan yang berlebihan oleh kelenjar pituitari.

Acromegaly adalah salah satu peny4kit yang jarang berlaku namun ia boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.

Bagaimanapun disebabkan teknologi perubatan pada awal abad ke-20 yang terhad, Bevan tidak mempunyai cara untuk merawat atau mencegah. Lama kelamaan beliau mendapati rupa fizikalnya berubah hingga tidak dikenali.

Tangan dan kaki Bevan yang normal membesar, dahi dan rahang bawahnya membonjoI keluar manakala ukuran hidung juga bertambah. Penampilan baru Bevan menyukarkan beliau untuk terus bekerja sebagai jururawat sehingga menyebabkannya mencari kerja sambilan untuk menyara keluarga.

Penyakit acromegaly yang dialami Bevan menyebabkan perubahan fizikal yang dialami kekal. Bertahun-tahun kemudian, seorang bekas pekerja sarkas mendakwa bahawa rakan petani di tempat Bevan bekerja mengatakan wanita itu sesuai untuk menyertai pertandingan wanita paling h0doh.

Memikirkan cara untuk mendapatkan wang untuk rawatan diri dan menyara keluarga, bevan menyertai pertandingan ‘homeIiest woman’ dan dengan mudah mengalahkan 250 pesaing serta meraih gelaran wanita paling hod0h.

Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengesahkan keadaannya bertambah burµk. Justeru Bevan mengambil keputµsan agar peny4kit yang dialaminya dimanfaatkan demi anak-anak.

Tidak lama kemudian, Bevan mempunyai kerja tetap dalam pameran kembara bergerak di seluruh Kepulauan British.

Pada tahun 1920, Bevan menghantar penyertaan selepas membaca iklan ejen sarkas, Barnum dan Bailey yang memerlukan wanita paling hod0h.

Selepas itu Bevan ditawarkan untuk menyertai pertunjukan di taman hiburan Dreamland Coney Island. Para pelawat pada ketika itu tertarik melihat fizikal setinggi 11 kaki. Wanita itu sanggup menanggung malu digelar hodoh kerana penyakitnya. menghulurkan poskad gambar dirinya untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk pendidikan anak-anak.

Kehadiran Bevan menjadi satu tarikan ke tapak pesta. Setelah dua tahun menjadi ‘wanita paling hodoh’, Bevan berjaya mengumpul pendapatan sebanyak £20,000, iaitu kira-kira bersamaan dengan USD$1.6 juta (RM7.21 juta) pada tahun 2022.

Bevan terus bekerja hingga menghembuskan nafas terakhir pada usia 59 tahun. Jasadnya dikebumikan di London.

Selama bertahun-tahun, Mary Ann Bevan kekal digelar sebagai wanita paling h0doh. Namun hakikatnya, beliau adalah wanita mempunyai hati paling cantik dan menjadi lambang kekuatan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

AcromegaIy adalah keadaan jarang berlaku yang mana badan individu terbabit menghasilkan terlalu banyak hormon pertumbuhan hingga menyebabkan tisu dan tulang membesar dengan lebih cepat.

Paling banyak didiagnosis pada orang dewasa berumur 30 hingga 50 tahun, acromegaly terjadi satu hingga tiga dalam sejuta populasi. Pada hari ini, dengan perkembangan dunia perubatan acromegaly boleh dirawat dan dikawal.

Sumber All That Interesting

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post