Tular satu video menerusi TikT0k, nyanyian seorang anak muda yang suaranya mirip dengan suara arw4h Mohamad Asri Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Asri. Pemilik suara itu ialah Mohd Ilham, anak keempat arw4h Ustaz Asri.
Mohd Ilham membuat persembahan bersama kumpulan Aydan menyampaikan lagu Munajat di konsert Nasyid Legenda, slot tribute kepada Allahy4rham Ustaz Asri. Lagu tersebut sebenarnya nyanyian atau alunan Allahy4rham Ustaz Asri dalam album Rintihan Zikrullah.
Untuk info, arwah Ustaz Asri merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani yang mula ditubuhkan pada 1997. Vokalis kumpulan nasyid itu disahkan meninggaI dunia akibat serangan jantung pada 13 Ogos 2009.
Ketika itu usia arwah 40 tahun. Arw4h dikatakan jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media salah satu program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menjengah ke ruangan komen di akaun TikTok milik afif9998, ramai warga maya meninggalkan komen tanda menyokong Mohd Ilham meneruskan perjuangan arw4h bapanya. Ujar mereka:
– “Alhamdulilah, selepas 13 tahun, dapat vokalis yang paling sesuai..,teruskan pejuangan arw4h ayahmu..,ada rasa aura!
– “Teringat akan arw4h. Saya peminat Rabbani masa sekolah pernah join nasyid dendangkan lagu arwah ayahnya.”
– “Rindunya suara arw4h Ustaz Asri.”
– “Allahuakbar…sedap sangat suara macam arwah..teruskan delegasi Rabbani.”
– “Suara sama dengan arwah Ustaz Asri.”
– “Rindunya pada suara-suara arwah. Ada penyambung.”
– “Alhamdulillah terubat rindu kita.”
– “Alhamdulillah, auto sebak. Tahniah adik. al-Fatihah untuk arwah.”
– “Muka pun mirip.”
– “ Betul tu.. penghayatan dia dalam menyampaikan lagu ini pun padu macam arw4h ayahnya.”
– ” Auto sedih tringatkn arw4h, smoga beliau dtmpatkn dkalangan org2 yg beriman.”
– ” Allahuakbar…sedap sgt suara mcm arwah..teruskan delegasi Rabbani..”
– “Sedih teringat kt arw4h.. Ingat lg masa dia belanja makan.. Byk cerita yg dia kongsi..”
Info tentang Ustaz Asri dan kumpulan Rabbani:
– Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
– Ustaz Asri menyertai kumpulan Rabbani sejak kumpulan itu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan sembilan orang anggota.
– Ustaz Asri pernah berduet dengan beberapa penyakit terkenal seperti Amy Search menerusi lagu ‘Mentari merah di ufuk timur’ dan Mawi dengan lagu ‘Saksi.’
– Kumpulan Rabbani pernah dijulang sebagai penyanyi/artis nasyid popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.
– Pernah merakamkan lagu ‘Pergi tak kembaIi’ ciptaan kumpulan KRU yang bergenre pop.
– Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.
Sumber tiktok@afif9998
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.