“Buang ego & aIasan, akui apa yang pernah kita buat” – Cara AIiff Aziz Perbaiki Diri Sendiri

 

Tiada manusia yang tidak membuat kesilapan. Mungkin, silap orang senang untuk kita nampak, tapi silap kita, hanya Dia sahaja yang tahu.

Pernah beberapa kali nama tercemar dek kerana kenangan Iampau, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz berkongsi caranya untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik di mata Allah SWT.

Menurutnya, dia mengakui telah melakukan pelbagai kesilapan pada masa silamnya dan berusaha untuk memperbaiki diri.

Disoal pendapatnya mengenai dosa yang pernah dilakukan menjadikan manusia lebih merendah diri, Aliff mengambil contoh dirinya dan memberitahu dengan satu syarat.

“D0sa yang dibuat menjadikan kita rendah diri dengan satu syarat iaitu tiada siapa yang boleh paksa diri kita dan kena jujur dengan diri sendiri.

“Cakap depan cermin, saya buat benda tu. Saya pergi toilet, saya duduk depan cermin dan cakap dengan diri sendiri.

“Awak boleh tipu dengan semua orang, kita memang boleh tunjuk luaran depan semua orang tapi tak boleh tipu dengan orang yang depan cermin (diri sendiri). Awak kenal diri sendiri lebih dari orang lain,” katanya.

Susulan perkara itu, perlu jujur pada diri sendiri dan banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk berubah kearah yang lebih baik.

“Persoalannya kita sedia tak nak buat benda tu? Ia tak mudah sebab awak kena buang ego dan aIasan dan mengakui apa yang pernah kita buat.

“Hanya dengan mengakui semua benda tu, Allah akan bagi jalan pada kita. Pada pendapat saya, itu berkat kita jujur dengan diri kita. Ia bermula dengan cara tu.

“Duduk dan fikirkan segala dosa yang pernah buat dulu dan salahkan diri sendiri diatas semua kesilapan yang kita buat. Berhenti salahkan orang lain dan bagi alasan pada diri sendiri, Insya-Allah Allah akan beri jalan,” ujarnya.

Tambahnya, diri Aliff yang dulu sering berjanji untuk berubah tetapi sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.

“Macam saya dulu lah, mulut cakap saya janji tak nak buat lagi itu ini, tapi hati taknak buat, sama je kita akan kekal macam tu.

“Sebab tu kalau sekarang orang tanya saya, saya tak berani cakap apa-apa dah sebab saya tak nak jadi mangsa kata-kata saya sendiri kerana saya hanya manusia biasa.

“Saya hanya doa pada Allah kalau perkara ini baik buat saya, dekatkan kalau tak baik, jauhkan,” jelasnya.

Sekadar info, Mohammad Aliff Aziz, Lahir 16 Februari 199 merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia. Pada Julai 2007, beilau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, di mana bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun.

Sumber Xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post