Keluar bilik OT terus solat, kakak kongsi adik 19 tahun tenang kaki dipotong paras peha terlibat kemalangan. Hidup ini penuh ujian. Ia tanda Allah sayang bahkan tanda keimanan seseorang.
Dilahirkan sempurna namun adakalanya ujian kehidupan memaksa kita redha menerima takdir Allah bahawa suatu hari nanti ada anggota tubuh yang terpaksa dibuang.
Perkongsian seorang kakak Ciknaa @abayasigadis di platform Tik Tok kisah adik bongsunya dari 13 adik beradik, Muhammad Shahrul Nizam Yusof yang kemaIangan pada 21 Oktober lalu di mana motosikal ditunggangnya diIanggar semasa memasuki simpang.
Akibat perlanggaran berkenaan, adiknya tercampak jauh ke dalam longkang dipenuhi paras air hingga ke dada dan anggota tubuhnya terendam terutama bahagian kaki.
“Keluar Bilik OT Terus Solat”
Memedihkan insiden ini, pemandu yang melanggarnya tidak membantu pun memanggil ambulan atau berbuat apa-apa sehinggalah seorang hamba Allah datang membantu dan terjun menyelamatkan adiknya dan memanggil ambulan.
Rawatan kecemasan sesampai di hospital mendapati kaki adiknya h4ncur dan satu pembedahan segera dibuat bagi menyelamatkan nyawanya.
“Kaki adik dipotong di bawah lutut kerana kuman telah merebak di bahagian Iukanya,” katanya sambil menambah, kesan kemaIangan itu juga mengakibatkan kaki sebelah kirinya patah. Bukan itu saja, tangan kirinya juga patah dan doktor tidak dapat menyelamatkan kaki sebelah kanannya.
“Semalam 7 November, doktor buat keputusan untuk memotong kaki adik hingga paras peha kerana kuman telah merebak teruk,” katanya sambil menambah di sebalik ujian maha berat ini, adiknya Shahrul Nizam kekal tenang dan redha dengan ujian menimpanya.
“Dirinya juga masih mampu tersenyum dan sentiasa membasahkan bibirnya dengan kalimah-kalimah Allah,” katanya yang memohon doa dari semua kesejahteraan buat adiknya itu.
“Semua ini pinjaman dari Allah. Kita hanya pinjaman, kalau Allah dah nak ambil semula, ambillah. Itu Allah punya. Nanti kita di Padang Masyhar, sama je ada kaki, ada tangan balik. Cuma di dunia ini saja berbeza, kata Shahrul yang meminta doa semua orang agar selamat dalam pembedahan ini.
Bahkan beberapa jam sebelum pembedahan adiknya tenang berzikir mengingati Allah dan tak terlihat mukanya risau akan kehilangan anggota yang dianggap berharga bagi sesetengah orang.
Apa yang sangat menarik, walau menyedarinya dirinya akan bergelar orang kelainan upaya apabila sihat kelak, sebelum disorong ke bilik pembedahan, di sebalik ramai memberikan kaya-kata semangat buat pemuda ini, dirinya masih sempat bertakbir kepada Allah dan laungan takbirnya disambut oleh ahli keluarga.
Begitu tinggi keyakinan dirinya dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Dalam pada itu selepas beberapa jam di dalam bilik pembedahan bermula dari jam 5 petang hingga ke 9 malam, selain masih mampu tersenyum dan mengatakan pembedahan berjalan dengan lancar, perkara pertama dilakukan oleh adiknya selepas keluar dari bilik bedah ialah adiknya terus bersolat dan qadho solat Maghrib yang tertinggal sebelum ini.
Kata adiknya yang boleh dijadikan inspirasi buat semua tentang solat ialah “andai kita nak solat guna pergerakan kita masih ada untuk solat.
Ya tiada alasan tidak bersolat walau diuji kerana solat adalah hubungan kita dengan sang Khaliq di mana ia adalah tanda syukur kita terhadap Allah taala.
Dalam pada itu, Cik Na turut mengucapkan syukur di atas semua doa-doa dan semoga doa adiknya diangkat ke langit Allah.
Komen netizen:
@𝓨𝓪𝔂𝓪 🦋 ✔️:allahu tenangnya jiwa beliau ya allah , sis nnty after siap oprtion update keadaan ok 💪🏼 semoga dipermudahkan sgla urusan
@Eirahetty:Dh thu lah knape allah uji ko dik🥰🥰smoge adik tbah n kuat ye dik
@Mimiey | Dress Preggy Plussize:sama macam adik lelaki saya . accident org langgar dia kaki putus berjam² cari xjumpa rupanya lekat dekat bhagian bumper kereta
@Lyzwti:Allahuakbar, mengalir air mata sy bc.. Allah tak buat sesuatu sia2.. Semoga Allah angkat darjat awk dik.. Smoga awk kuat selalu
@AnakJawer❤:Allahu…tenangnya awak dik, moga awak terus tabah dan Allah dipermudah segala urusan ❤
Sumber tiktok@abayasigadis
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.