Tangan & Kaki Rasa Kebas, Cuba Buat Air Ini – Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Saja


 Masalah kebas kaki dan tangan antara amaran awal gangguan saraf. Jika ada tanda-tanda seperti ini jangan abaikan. Kebiasaannya faktor pekerjaan yang berulang seperti menaip, memasak, duduk terlalu lama, traυma akibat kemaIangan, jatυh atau kesan kecederaan sukan boleh meningkatkan risiko kerosakan saraf.

Kebas ni mungkin akan lebih dirasai selepas bangun tidur. Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh iritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Jadi untuk mengurangkan masalah ini, boleh cuba petua ini dulu. Mana tahu serasi.

Lagipun semua bahan ini adalah yang ada di dapur sahaja dan tidak menggunakan sebarang ubatan.

Petua Menghilangkan Rasa Kebas

Bahan-bahan:

– 1 Genggam Halba

– 2 Batang Serai

– 1 Sudu Asam Jawa

– 4cm Halia

– 5 Gelas Air

Cara-caranya:

Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih jadikan 5 gelas ke 3 gelas air. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Sedia diminum.

Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan.

Serai pula berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.

Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.

Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.

Minum air ni setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.

Selamat Mencuba!

Sumber PaMa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post