Kekuatan seorang wanita mungkin tidak terletak pada fizikal tetapi semangatnya. Biar diuji dengan apa juaga cabaran, pasti mereka mampu melaluinya apatah lagi jika perlu kuat demi anak-anak tersayang.
Kehibatan insan bergelar ibu sememangnya tak perlu disangkal lagi. Dengan keazaman yang kuat untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga, seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melakukan pekerjaan yang dipelopori oleh kaum lelaki.
Tampak lemah lembut dengan penampilannya yang juga berniqab tidak menjadi penghalang buat Nurazlinda Mahadi untuk menjadi pemandu lori kontena demi menyara lima anak yang masih kecil.
Melalui akaun Tiktok nur87ladytruckers, ibu kepada 5 chaya mata perempuan dan seorang anak lelaki ini memberitahu bahawa dirinya ibu dan ayah pada masa yang sama.
Di rumah berperanan sebagai ibu tetapi ketika waktu siang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah ketika mencari nafkah buat mereka sekeluarga.
“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata.”
Biarpun sibuk dengan urusan kerja dan keluarga namun wanita tabah ini tidak lupa memuji kebesaran Allah SWT yang memberinya kekuatan untuk terus berjuang demi anak-anaknya yang masih kecil.
“Malam-malam balik kerja, anak yang kecil bangun. Pagi-pagi bangun pergi kerja semula. Bila waktu Nur rehat? Besarnya kebesaran Allah, diberikan kekuatan untuk ujiannya. Agar kita bersyukur, Allah takkan uji di luar kemampuan hamba-Nya”.
Teruja bila tengok ibu hebat ini memandu lori kontena, bukan biasa-biasa.
Bukan semua mampu melakukannya.
Komen netizen:
@Mohamadn@zimi:Alhamdulillah….jgn mengalah.bykkn brdoa dan berusaha.Jaga solat
@lyndaz75:masyaallah dimana kekuatan yg awak dpt tu…bangga dgn awak…
@Pojie:Alhamdulillah, hebat sis. Semoga diberi kesihatan & kekuatan berpanjangan.
@Hidayu Sabaran Lady Trucker 🇲:Waalaikumussalam syg akk… Kamu seorg insan yg hebat… Lebih hebat sbb kamu menjaga ikhtilat kamu skrg ni… Moga Allah sntsa menjaga kamu selamanya
@mahazir81@kudrat Aboh:waalaikumussalam smga sis kuat n saya salute semangat sis..Ya Allah kau pmudahkn lah sgla urusan dan rezeki sis sekeluarga. Aaminn
@mahazir81@kudrat Aboh:waalaikumussalam smga sis kuat n saya salute semangat sis..Ya Allah kau pmudahkn lah sgla urusan dan rezeki sis sekeluarga. Aaminn
@chinta Heartee:kak seorg wanita yg hebat..semoga dipermudahkan urusan kak dunia akhirat
Didoakan semoga Nurazlinda terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.
Semoga setiap langkah ibu hebat ini sentiasa dalam lindunganNYA.
Sumber Majalah PaMa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.