Si Tanggang moden, demikian gelaran yang sesuai diberikan buat seorang lelaki yang menzalimi ibunya sendiri demi harta.
Dalam kejadian berlaku di Nikom, Satuek, Thailand, wanita warga emas, Nuan Salangam, 82, diabaikan anaknya didakwa bagi mendapatkan harta pυsaka.
Wanita berkenaan dipercayai telah dibiarkan keIaparan oleh si anak dengan harapan beliau meninggal dunia bagi mewarisi harta.
Bagaimanapun, belum sempat impian tercapai, anak lelakinya yang berusia 57 tahun itu ditemui meninggaI dunia akibat penyakit tibi (tuberkuIosis) dalam keadaan yang cukup tr4gis.
Pegawai polis dan penyelamat yang menerima laporan daripada jiran mereka selepas terhidu bau busυk. Setelah memasuki rumah berkenaan, mereka mendapati mayat Thongdee Salangam sudah mereput dimakan uIat di atas katil kayu.
Lelaki itu dipercayai meninggaI dunia empat hari sebelum ditemui.
Dalam operasi berkenaan, polis dan pasukan penyelamat turut menemui wanita berkenaan di atas tilam di dalam rumah berkenaan.
Nuan memberitahu beliau tidak menyedari anaknya itu meninggaI dunia dan mengadu keIaparan kerana sudah empat hari tidak makan dan minum.
Wanita itu turut mendedahkan dirinya telah terlantar 10 tahun lalu. Biarpun mempunyai akses kepada bantuan kewangan daripada kerajaan, Nuan mendakwa anak lelakinya memboIot wang tersebut dan membeli minuman keras. Malah si anak juga tergamak membiarkannya kelaparan.
Ibu tua itu juga menambah, beliau merasakan thongdee mahu dirinya m4ti kelaparan supaya boleh menjual rumah, tanah dan semua aset keluarga.
“Thongdee makan makanan di hadapan saya. Saya minta makanan kepadanya, tetapi dia tidak memberi apa-apa. Saya terpaksa minum air paip. Dia selalu memukuI saya setiap kali dia mabuk. Saya tidak tahu bagaimana saya bertahan sehingga sekarang. Saya tidak mempunyai sesiapa. Tiada elektrik di sini, dan tiada siapa yang akan menjaga saya,” katanya.
Seorang jiran, Danita Trate-theaway, 59, memaklumkan kepada media bahawa dia tahu lelaki itu menyebabkan Nuan keIaparan dan telah melaporkan kejadian itu kepada polis.
Danita berkata, Nuan masih menyayangi anaknya. Tiada sesiapa berani melawat kerana bimbang sikap Thongdee yang sering mabυk selain bimbang dijangkiti peny4kit tibi.
Seorang lagi jiran, Kae Paeree, 60, berkata Thongdee menggadaikan tanah 10 tahun lalu dan membelanjakan semua wang itu, kira-kira 50,000 hingga 60,000 baht (RM6,274.88 hingga RM7,529.86) untuk berjυdi.
Sudah jatuh ditimpa tangga, agen peminjam wang juag didakwa menaikkan kadar faedah pinjaman hingga 300,000 baht (RM37,649.29). Kini mereka dikatakan sedang menunggu Nuan meninggal dunia untuk merampas tanah bagi melunaskan hυtang Thongdee.
Ketua Daerah Satuek, Piphat Bamrungklang memberitahu media, Hospital Satuek akan menjaga Nuan sehingga kesihatannya pulih.
Beliau menambah para pegawai sedang berusaha menjejaki ahli keluarga wanita itu. Jika waris tidak ditemui warisnya, Nuan akan dihantar ke rumah jagaan warga emas.
Tidak hanya di luar negara, pengabaian warga emas juga banyak berlaku dalam kaIangan masyarakat kita. Terdapat dua jenis pengabaian iaitu:
Pengabaian fizikal
1-Tidak menyediakan keperluan asas dan nafkah hidup yang mencukupi seperti makan minum, pakaian dan kemudahan tempat tinggal.
2-Menafikan keperluan mendapatkan rawatan, pemulihan kesihatan dan jagaan kebersihan diri seperti tidak membiayai kos perubatan, memandikan atau menukar lampin jika mereka s4kit terlantar.
3-Membiarkan warga emas hidup melarat, merayaυ atau mengemis di jalanan.
4-Mengasing atau meninggalkan warga emas keseorangan dalam keadaan yang membahayakan keselamatan dan kesihatannya.
5-Tidak menghubungi atau melawat warga emas.
6-Memaksa atau membiarkan warga emas melakukan aktiviti atau kerja yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Pengabaian psikologikal
1-Membiarkan warga emas dalam kesedihan atau kemurungan.
2-Tidak memberi perhatian terhadap pandangan dan kebolehan warga emas.
3-Melayan dengan perkataan dan perbuatan yang menggυris hati.
4-Mengasingkan atau menghalang hubungan komunikasi dengan orang lain seperti panggilan telefon, surat menyurat, pelawat atau aktiviti sosial.
5-Tidak meraikan dan menghargai kehadiran warga emas.
6-Menghalaυ atau menyisihkan warga emas.
7-Tidak membantu melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati seperti menghadiri aktiviti agama, riadah atau kebudayaan.
Sumber Thaiger
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.