Sewa Melebihi RM9,152, Muslimin Di Utah Bantu Bina Rumah Untuk Imam Masjid

 


Seorang imam di Utah, Amerika Syarikat (AS) berulang-alik selama tiga jam untuk ke tempat kerjanya di Masjid Khadeeja.

Tempoh masa itu mungkin dianggap biasa oleh kebanyakan masyarakat di negara kita lantaran terpaksa meredah kesesakan jalan raya yang dahsyat saban hari.

Namun, rutin tersebut sebenarnya begitu sukar dan memenatkan. Demikianlah juga yang dirasai oleh Imam Pusat Islam Khadeeja, Habib Sarfraz setiap hari demi melaksanakan tugasnya untuk ummah.

Ketika ditemubual F0x 13 News baru-baru ini, Sarfraz berkata, tugas sebagai imam menuntut komitmen tinggi dan tanggungjawab berat.

“Imam mempunyai begitu banyak tanggungjawab. Seperti yang anda tahu, dia perlu berada di sini (masjid) untuk (mengimamkan) solat lima waktu.

“Saya terutamanya, tinggal di Lehi, jauh dari sini,” katanya ketika diwawancara di Masjid Khadeeja, Utah.

Untuk duduk di kawasan berhampiran masjid, ia suatu yang agak sukar untuk mendapatkan kediaman mampu milik memandangkan kos perumahan yang melambung tinggi.

Perkara itu turut diakui oleh Presiden Persatuan Islam Greater Salt Lake, Aden Batar.

“Sewa di sini melebihi AS$2,000 (RM9,152), sedangkan komuniti di sini tidak mampu membayar sebanyak itu. Kami merupakan komuniti yang kecil,” katanya.

Meskipun demikian, masyarakat Islam di Utah tetap berusaha memikirkan solusi supaya imam lebih dekat dengan mereka.

Akhirnya, pemegang amanah persatuan tersebut, GhuIam Patel berkata, timbul idea ‘mari kita bina rumah’.

Menurut F0x 13 News, keseluruhan projek pembinaan rumah itu menelan belanja kira-kira AS$400,000 (RM1.83 juta). Setakat ini, Persatuan Islam Greater Salt Lake berjaya mengumpulkan lebih AS$100,000 (RM457,600) untuk membantu membayar rumah berkenaan.

Mereka juga sedang mengumpul dana dan meminta sumbangan komuniti untuk membayar baki kos yang tinggi.

Usaha keras dan sikap baik yang ditonjolkan komuniti Muslim di Utah membuatkan Imam Sarfraz tersentuh.

“Ini adalah isyarat yang baik daripada masyarakat untuk mengatakan ‘Hei, kami di sini untuk menyokong anda’,” kata imam berkenaan.

Menurut Ghulam Patel, bermula dengan hanya 120 orang Islam sekitar 1980-an, komuniti Muslim di Utah kini semakin bertambah.

“Sekarang sekurang-kurangnya terdapat 12 buah masjid di Utah dan ia berkembang. Saya rasa kita ada hampir 100,000 Muslim,” katanya.

Selepas projek perumahan itu disiapkan, mereka merancang untuk membangunkan sebuah pusat komuniti bersebelahan dengan Pusat Islam Khadeeja.

Sumber F0x 13 News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.


Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post