Menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga memang teramat mengujakan. Bukan hanya kita sebagai mak ayah, bahkan orang paling teramat gembira pastinya anak sulung kita.
Perkongsian seorang pengguna Tik T0k, @djaamirh yang berkongsi gelagat anak keduanya yang sekian lama menanti kehadiran anak baru mereka ini menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, sejak awal lagi, kakak yang mesra di kenali sebagai Eyya menerusi akaun Tik T0k ibunya itu cukup setia melekat 24 jam dengan adiknya.
“Yang paling tak sabar nak tunggu adik dia lahir,” tulisnya ringkas.
Bahkan menerusi video perkongsian ibunya itu jelas kerajinan dan keterujaan Eyya menjaga adiknya.
Paling menarik anak kecil itu begitu berani mengendong adiknya yang baru sahaja dilahirkan tanpa kekok berbanding kakak sulungnya.
Tidak hanya mengendong bahkan kakak comel ini juga pandai menjaga adiknya. Ketika sambil menonton televisyen sekali pun kakak Eyya tetap setia menepuk adik kecilnya. Begitu juga ketika makan.
“Mummy dengar baby nangis, lepas tu tau-tau dah senyap. Pandai Eyya jaga eh.
Hari-hari tak sabar nak balik sekolah sebab nak jaga adik. Yang adik pun reda kena dukung,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya turut teruja melihat gelagat adik Eyya yang begitu pandai malah memuji sikap anak kecil itu yang begitu bertanggungjawab menjaga adiknya.
Komen netizen:
@Nur_Hannaniey:pandainye dia jaga adik,dhla comel pastu ringan beban emak nye sikit
@Sumosauna by KakLeng:Sifat penyayang kakak Adeq ini semuanya bermula dr ibu ayah yg betul ii caring akan anak ii mereka. Terbaik kakak n smg kasih syang ini smpi ke syurga
@𝓜𝓾𝓶𝓶𝔂𝓐𝓾𝓻𝓮𝓵:alhamdulillah bagusnyaa kakak 😍 semoga anak sulung perempuan saya pun macam nii bila besar nanti boleh jaga adik adik dia dengan baik nanti
@aaayu84:Alhamdulillah… kakak meringankan keje ibu 🥰, pandai jaga adik… semoga kakak,adik membesar dgn sihat,jd anak yg soleh solehah buat ibu ayah
@mamaohsem4:sis.. tolong jangan buat saya rasa nak ada baby lagi.. dengan mengharap anak saya jadi macam ni juga.
@Nadia Jasri:cekap dia dukung adik, doakan sy ya moga ada rezeki untuk ada zuriat sendiri….
8tahun penantian
@𝓛𝔂𝓷𝓷 𝓗. 𓆩♡𓆪:Alaaaa comel nyee.. nanti mintak eyya doakan aunty dapat baby jugak boleh??dah 4 tahun aunty tunggu
Kredit tiktok@djaamirh
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.