“Dengan iImu itu, suami jadi tunduk pada saya & ikut saja apa yang saya mahukan” – Api Bak4r Wanita Kaya, Padam Sebaik Azan Dikumandang

 

Pertama kali saya melihat wanita itu adalah ketika dia berada di dalam keadaan koma, di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, setahun lalu. Usianya dalam 50an, terlantar tidak sedarkan diri akibat penyakit ketumbuhan di dalam perut.

Menurut suami wanita ini, sudah beberapa minggu isterinya berkeadaan demikian selepas menjalani pembed4han. Dia berharap saya dapat membantu memulihkan isterinya itu melalui kaedah perubatan Islam.

“Insya-Allah, saya akan cuba, sama-samalah kita berdoa…” balas saya.

Lalu saya bacakan beberapa ayat suci al- Quran pada sebekas air. Kira-kira 15 minit kemudian, saya kumandangkan pula azan ke telinganya. Saya berdoa agar kalimah suci itu dapat menyedarkannya.

Alhamdulillah, tiba-tiba wanita itu membuka mata.

Tetapi, sebaik matanya terbuka, saya lihat dia seperti ket4kutan. Mukanya cemas, dia memandang sekeliling, seolah-olah sedang dibvru sesuatu. Wanita itu juga tidak kenal siapa dirinya sendiri dan juga ahli keluarga yang berada di sekelilingnya.

“Tidak apalah…saya yakin, nanti keadaan isteri encik ni elok semula. Berdoalah banyak-banyak dan serahkannya kepada Allah SWT.

Yang penting, isteri encik dah sedar semula,” saya tenangkan suami wanita berkenaan.

Agak lama juga saya di situ dan terus berusaha menggunakan kaedah-kaedah rawatan yang dibenarkan oleh agama. Saya hanya meminta diri selepas wanita itu saya lihat sudah tenang kembali perasaannya.

“Terima kasih, ustaz,” ucap suami wanita berkenaan sambil menggenggam tangan saya.

“Terima kasihlah kepada Allah SWT, saya cuma membantu saja,” jawab saya sebelum meninggalkan lelaki dan wanita berkenaan serta keluarga mereka.

Saya hampir terlupa dengan wanita itu, hinggalah beberapa bulan kemudian apabila dia datang ke pejabat saya di Gombak untuk mendapatkan kaunseling dan rawatan selanjutnya.

Tetapi yang menimbulkan tanda tanya di hati saya ialah, menurut wanita itu, jiwanya kini dalam ket4kutan.

Dia tidak boleh melihat rumahnya sendiri. Bukan itu saja, dia tidak boleh melihat bilik tidurnya, mendengar bunyi letup4n, pist0l dapur gas, melihat api dan terlalu t4kut untuk menaiki kereta.

“Apa sebabnya, puan?” saya bertanya kerana terkejut dengan kata-katanya tadi.

“Saya t4kut terb4kar,” jawab wanita itu.

Aneh, apa kaitan antara penyakit yang dihidapinya dahulu, pembed4han serta k0ma yang dialami, dengan ket4kutannya terhadap keb4karan?.

Saya tidak nampak perkaitannya langsung. Apa yang tidak kena dengan jawapan wanita berkenaan?

Tiba-tiba wanita itu menangis pula. Melihat keadaannya itu, saya percaya, pasti ada rahsia yang dipendamkan dalam hati dan fikirannya menyebabkan dia datang menemui saya dan menangis.

“Ada sesuatu yang berlaku semasa saya k0ma dulu, ustaz,” kata wanita itu seperti tahu apa yang sedang bermain di dalam fikiran saya.

Menurut wanita itu, sebenarnya semasa k0ma selama beberapa minggu, dia telah melalui suatu kejadian yang amat men4kutkan. Dia telah dib4kar dalam api yang sangat besar.

Dalam k0ma itu dia melihat rumahnya telah dijilat api yang m4rak. Suami dan semua anak-anaknya berjaya melarikan diri, sedangkan dia terper4ngkap di dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah besarnya.

Wanita itu mencari-cari pintu keluar, tetapi gagal. Dia terper4ngkap di dalam biliknya yang kini dikelilingi lautan api yang sedang memb4kar katil, almari, meja solek serta perabot-perabot yang mahal.

Dia menjerit-jerit kes4kitan memanggil suami, anak-anak dan jiran-jiran agar datang menyelamatkannya. Namun mereka langsung tidak menghiraukannya.

“Akhirnya tubuh saya juga terb4kar. Sakitnya tidak dapat hendak saya gambarkan, ustaz. Kaki, badan dan muka saya terb4kar, saya menjerit-jerit, tiada sesiapa datang membantu.

“Apa yang peliknya, setiap kali daging, kulit dan rambut saya hangus, tumbuh daging, kulit dan rambut yang baru pula, lalu terb4kar lagi,” kata wanita itu.

Saya bertanya pada wanita itu, berapa lama dia terb4kar?

“Terlalu lama, ustaz. Saya rasa macam bertahun-tahun dan tidak ada kesudahannya,” jawab wanita berkenaan.

Sambil mengesat air matanya yang tidak berhenti-henti mengalir, wanita itu memberitahu, “Ketika itu saya dapat rasakan, mata saya ini h4ngus. Dari celah-celah kelopak mata saya keluar api yang sangat p4nas.

Akibat tidak tertahan s4kitnya, saya jatuh ke lantai.

“Saya berlari ke sana-sini sambil memijak bara. Saya menjerit-jerit memanggil suami, anak-anak dan jiran-jiran, tetapi mereka tidak menyahut panggilan saya itu.

“Saya dapat lihat sepasukan bomba datang. Air disembur ke segenap rumah kami dan ke bilik saya, tetapi peliknya, api itu tetap tidak dapat dipadamkan. Mereka juga tidak dapat melihat saya yang sedang menjerit-jerit di tepi tingkap.

“Saya berlari ke sana ke sini, meraung-raung kes4kitan, walaupun begitu api itu tidak pernah padam.

Sakitnya tidak dapat saya bayangkan. Ia berlaku berulang-ulang dan terlalu lama, seperti bertahun-tahun hingga saya menjadi terlalu letih.

“Ketika dalam kes4kitan itu, tiba-tiba saya terdengar azan. Sayup dan tenang. Serentak dengan itu saya lihat api terus terpadam dan saya terjaga.

Saya dapati diri saya terbaring di katil dan ada ramai orang di sekeliling saya,” ucap wanita tersebut sambil menangis tersedu-sedu.

“Saya percaya, apa yang berlaku adalah hukuman Allah SWT di atas d0sa-d0sa besar yang telah saya lakukan,” sambung wanita tersebut sambil menundukkan mukanya.

Jelas wanita itu, dos4nya yang paling besar ialah menggunakan ilmu penunduk terhadap suaminya sendiri supaya setia dan tidak mencari perempuan lain.

“Ilmu itu saya perolehi dari emak saya sendiri dan saya amalkan sejak mula kami berkahwin lagi. Ketika itu umur kami 20-an. Dengan ilmu itu, suami jadi tunduk pada saya dan ikut saja apa yang saya mahukan,” wanita itu menangis teresak-esak.

Saya bertanya, bagaimanakah bentuk ilmu hitam yang dilakukannya, sebab sepanjang pengalaman saya dalam bidang ini, memang terdapat banyak kaedah s1hir dan ilmu h1tam untuk menundukkan orang lain termasuk suami.

Ada yang menggunakan nasi k4ngkang, d4rah k0tor, batang keladi, lakaran tapak kaki dan sebagainya. Tetapi wanita ini pula, bagaimana?

“Saya gunakan air mandian. Air mandian itu saya tadah, kemudian saya masukkan dalam minuman untuk diberikan kepada suami,” jawabnya lalu menyatakan rasa kesalnya yang tidak sudah-sudah.

Ilmu penunduk itu juga wanita tersebut gunakan untuk kerjayanya sebagai ahli perniagaan dan aktivis masyarakat. Tujuannya adalah untuk menundukkan pelanggan dan memenangi hati sesiapa saja yang diingininya. Dengan cara itu, mudahlah dia mendapat kontrak serta meraih jawatan yang ditandinginya.

“Tapi ustaz, saya percaya juga apa yang berlaku itu adalah amaran Allah SWT terhadap d0sa-d0sa saya yang lain. Saya mengaku ustaz, saya ini kaki minum dan kaki kelab malam. Saya tak jaga ibadah. Aurat pun saya tak tutup,” jelas wanita berkenaan.

Saya bertanya, takkan suaminya diamkan saja?

“Suami saya tau apa yang saya lakukan, tapi dia tak berani tegur sebab saya telah tundukkannya dengan ilmu hitam yang saya ceritakan tadi. Ya-Allah, besar betul dosa saya ustaz,” wanita itu terus menangis-nangis di hadapan saya.

Dia memberitahu saya, apa yang dialami semasa k0ma dahulu adalah kejadian yang paling men4kutkan dalam hidupnya.

Kamu bermimpi, tak? Saya cuba menguji wanita tersebut. Tapi dia menafikan.

“Tak, ustaz. Kalau mimpi, lain. Yang berlaku itu seperti di alam nyata. Saya dapat rasakan s4kit dan panasnya api yang memb4kar tubuh saya itu,” sambung wanita berkenaan.

Sebelum pulang saya berikannya rawatan yang bersesuaian, kaunseling serta pesanan agar meninggalkan segala kebvrukan yang dilakukannya dahulu.

Kali terakhir saya berjumpa wanita itu adalah beberapa bulan kemudian, dalam sebuah kursus motivasi keagamaan yang sangat terkenal di negara ini.

Secara kebetulan saya adalah salah seorang penasihat dalam kursus motivasi itu, jadi saya dapat lihat perubahan dalam dirinya. Cuma sayang, kami tidak dapat berbual panjang sebab masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Tetapi saya masih ingat, wanita itu memberitahu, kini dia sangat rindukan suara azan. Bahagian yang paling disukainya ialah `Hayya alas solah’ dan `Hayya alal falah.’ Kedua-dua ayat itu, kata wanita berkenaan, bermakna Allah SWT mahukan kita bersembahyang kerana sembahyang akan membawa kita kepada kejayaan.

Alhamdulillah, wanita itu kini tidak lagi melakukan amalan-amalan syirik serta d0sa-d0sa besar yang lain.

# Gambar Sekadar Hiasan.

Sumber Ustaz Hanafiah Malek

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post