“Arw4h suami saya menemani saya sehingga selesai mengerjakan umrah” – Bertemu Dengan Arw4h Suami Di Masjidil Haram

 

Benarkah kita dapat bertemu semula dengan orang yang telah meningg4l dunia, di alam nyata ini?. Bunyinya seperti mengarut, ada yang mengatakan ianya hanya ilusi dan kh4yalan emosi semata-mata.

Namun, bagaimana pula kalau ianya berlaku di Mekah, tanah suci tempat letaknya Baitullah?. Bukankah Mekah tempat yang penuh kerahmatan dan keajaiban, tempat diceritakan berlakunya pelbagai kejadian di luar batas logik?.

Kami mulakan dengan kisah ini, yang dialami sendiri oleh seorang wanita bernama Maznah Abu Bakar dari Kota Bharu, Kelantan. Maznah menceritakan…

Pada tahun 2012 adalah tahun yang amat bermakna buat saya kerana pada usia yang mencecah 60 tahun, barulah saya berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah. Itu pun disebabkan bantuan anak saudara saya, dialah yang menaja saya untuk ke sana.

Jika tidak, mungkin saya tidak berpeluang ke sana. Walaupun hanya sekadar melakukan umrah, tetapi ia adalah nikmat yang paling besar Allah SWT berikan kepada saya.

Saya ke Mekah ditemani oleh kakak, serta anak saudara. Pada asalnya saya bimbang juga. Maklumlah pada usia emas sebegini, keadaan fizikal memang tidak terlalu kuat, saya risau jika menyusahkan mereka.

Saya berdoa semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang baik semasa di Tanah Suci nanti.

Tambahan pula, waktu itu kesihatan saya tidaklah begitu baik. Saya sukar berjalan jauh kerana berat badan dan juga lutut yang mula s4kit. Namun disebabkan teringin sangat hendak melihat Baitullah, saya yakin yang Allah SWT akan permudahkan segala-galanya.

Selain itu, ada banyak perkara yang saya mahu adukan kepada Allah SWT. Kata orang apabila berada di sana, kita bertambah dekat dengan Allah SWT dan doa kita juga akan dimakbulkan.

Penerbangan kami selama beberapa jam untuk sampai ke Madinah itu memang memenatkan. Lutut saya terasa sangat s4kit.

Sebaik tiba di Madinah, kaki saya sudah mulai kejang. Urat-urat bersimpul, lutut sakit bila digerakkan. Saya mengambil masa yang agak lama untuk turun dari kapal terbang. Mujurlah ada anak saudara yang membantu menolak saya dengan kerusi roda.

Tiga hari berada di Madinah, kaki saya sedikit demi sedikit beransur pulih, pun begitu saya tetap risau apabila berada di Mekah nanti. Banyak ibadah yang perlu dilakukan. Saya bimbang kalau sakit berulang kembali.

Ketika bas bertolak dari Madinah menuju ke Mekah, lutut saya masih terasa sakit. Dan seperti diduga, sampai di Mekah ia bertambah teruk. Namun dengan kuasa Allah SWT sebaik sahaja saya memijak bumi Mekah, saya rasa ada satu aura yang masuk ke dalam tubuh saya dan saya terasa sangat sihat.

Saya tidak tahu dari mana datangnya semangat itu, saya menjadi orang pertama dalam kalangan rombongan yang sampai ke Masjidilharam! tidak sabar rasanya mahu menatap Baitullah yang diimpikan selama ini.

Jarak antara hotel dengan masjid tidaklah terlalu jauh, lebih kurang 300 meter sahaja. Namun sebaik melihat tiang-tiang Masjidilharam, saya menapak dengan laju seperti seorang anak remaja. Langkah saya begitu cepat.

Masuk saja ke dalam masjid dan ternampak Kaabah di depan mata, saya tergamam. Saya seperti tidak dapat bergerak. Hanya mulut sahaja memuji-muji kebesaran Allah SWT. Air mata bercucuran jatuh.

Maha Suci Allah! Hari pertama berada di sana, saya berasa sangat sihat. Bayangkanlah saya dapat menyelesaikan sai tanpa henti. Saya rasakan itu adalah satu keajaiban.

Manakan tidak, sebelum ini pergerakan saya terbatas. Saya tidak dapat berdiri lebih daripada 10 minit. Kali ini bayangkanlah saya dapat siapkan umrah yang memerlukan pergerakan yang sangat banyak.

Ketika bertahalul, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan kesihatan kepada saya. Saya tidak menduga, Dia memberikan saya kekuatan serta kemudahan melunaskan ibadah umrah.

Hari kedua, ketika tiba di masjid kaki saya terasa sakit. Tetapi saya masih lagi cergas dan dapat melakukan umrah yang kedua. Bagaimanapun, sebaik sampai di bilik, saya mula merasakan kesakitan di lutut saya ini semakin teruk.

Pagi esoknya, saya langsung tidak dapat berjalan. Urat kaki mulai membengkak. Hati saya ingin sangat ke masjid, tetapi mustahil. Saya diamkan sahaja masalah itu dan tidak memberitahu anak saudara saya.

Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan mereka. Jadi, saya bersolat di bilik sahaja. Selesai solat pagi itu, anak saudara lelaki saya mengetuk pintu bilik. Sebaik pintu dibuka, saya nampak dia membawakan kerusi roda.

“Mari cik su, mari saya bawa pergi ke masjid,” jelas anak saudara saya.

Air mata saya terus mengalir. Saya tidak sangka begitu besar kekuasaan Allah SWT. Dari mana dia tahu semua itu?.

Ketika menuju ke masjid, kakak dan anak saudara saya bergilir-gilir menolak saya, hati saya semakin sebak. Mereka bertanya adakah saya mahu terus ke masjid ataupun mengikut mereka keluar dari tanah haram untuk bermiqat.

“Larat ke Cik Su nak buat umrah?” soal anak saudara saya.

Saya hanya menganggukkan kepala. Ya, saya masih larat. Kalau tidak larat pun, saya akan gagahkan juga. Lagipun dari semalam lagi saya sudah berniat membuat badal umrah untuk arw4h suami saya.

Sepanjang perjalanan pergi dan balik daripada bermiqat, mereka menjaga saya dengan baik. Sampai di Masjidilharam, saya suruh mereka tinggal saya di situ. Saya mampu lagi berjalan walaupun terdengkot-dengkot. Biarpun urat-urat mulai membengkak, saya rasakan masih lagi gagah.

Selesai solat sunat, saya duduk menyandar pada sebatang tiang sambil mengurut-urut kaki. Hati tidak lepas berdoa moga-moga Allah SWT menyembuhkan sakit yang saya alami itu. Saya teringin benar hendak melakukan umrah untuk arw4h suami saya.

Allah Maha Agung, sebaik sahaja saya memandang ke hadapan, dari jauh saya nampak sekujur tubuh yang saya amat kenali. Dia tersenyum ke arah saya. Wajahnya sungguh berseri-seri. Dia kemudian melambai-lambaikan tangan.

Saya terus bangun menuju ke arahnya. Mata saya tidak lepas daripada memandang tubuh itu. Betulkah dia? Betulkah? Apabila berada betul-betul di depannya, saya menggosok-gosokkan mata bagaikan tidak percaya.

Tiba-tiba di kalangan jemaah itu saya lihat ada seseorang yang sangat saya kenali. Orang yang sangat saya rindui. Dia memandang saya sambil tersenyum.

“Abang!” terpacul kata itu dari mulut saya.

Benar! Lelaki itu adalah arw4h suami saya. Saya tidak dapat menahan sebak. Saya terus menangis. Wajah itulah yang saya rindui selama ini. Sudah hampir 16 tahun tidak menatap wajah itu. Saya menangis teresak-esak.

Arw4h suami saya kemudian memimpin tangan saya untuk melakukan tawaf. Saya terus mengikut hingga saya tidak tahu bagaimana kaki saya boleh sihat. Saya dapat berjalan dengan baik.

Sepanjang melakukan tawaf dan sai, mulut saya tidak henti-henti mengukirkan senyuman. Saat itulah perasaan saya terlalu gembira. Arw4h suami saya menemani saya sehingga selesai mengerjakan umrah. Dia kemudian memimpin saya kembali ke hotel.

Sampai sahaja di hotel, dia melambai-lambaikan tangan dan terus hilang dari pandangan. Walaupun hanya beberapa ketika sahaja saya dapat bertemu dengan arw4h suami, namun ia sudah cukup untuk saya melepaskan rindu padanya. Saya terasa sangat puas. Saya bersyukur kepada Allah SWT.

Masuk sahaja ke bilik, anak saudara saya terkejut melihat saya benar-benar sihat. Hari berikutnya, Allah SWT terus memberikan kesihatan kepada saya.

Peristiwa bertemu dengan arw4h suami itu saya tidak ceritakan kepada siapa-siapa sehinggalah pulang ke tanah air. Sebaik diceritakan kepada anak-anak, mereka mengalirkan air mata.

Pulang dari Mekah juga saya dapat lihat banyak doa saya dimakbulkan. Disebabkan itu, hati saya sentiasa rindu untuk kembali ke sana. Dan apabila bercerita mengenai Mekah, wajah suami saya akan bermain-main di hadapan mata.

Memang Mekah tempat yang penuh dengan keajaiban. Tiada perkara mustahil sewaktu berada di sana.

#Gambar Sekadar Hiasan.

Sumber Maznah Binti Abu Bakar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post