Adab Dan Tatacara Minum Air Zamzam Seperti Yang Diajar Oleh Rasulullah SAW

 

Ahli fuqaha sependapat, sunat bagi para jemaah untuk minum air zamzam baik ketika menunaikan haji mahupun umrah. Selain itu, mereka juga berpendapat, sunat untuk dikongsi air berkat ini bersama-sama dengan golongan yang tidak berpeluang ke tanah suci.

Zamzam merupakan air yang paling suci. Menurut riwayat, air ini telah digali oleh malaikat Jibril untuk menghilangkan rasa dahaga Nabi Ismail sewaktu ibunya, Siti Hajar meningg4lkannya untuk mencari air di padang pasir yang panas dan kering sambil berlari-lari anak tujuh pusingan di antara Safa dan Marwah.

Diceritakan, ketika Siti Hajar menemui mata air ini dalam cuaca yang terik, beliau menutupnya dengan batu dan pasir kerana takµt ia akan kekeringan. Bagaimanapun, Allah SWT telah berjanji bahawa air zamzam tidak akan kering sehingga hari kiam4t dan inilah keajaibannya. Buktinya, walaupun jutaan liter diambil tiap kali tibanya musim haji, air ini tidak pernah habis.

Tidak perlu dinyatakan khasiat air ini kerana semua orang sudah maklum mengenainya. Apatah lagi keistimewaan air ini banyak diceritakan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik air di muka bumi ialah air zamzam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan serta penawar bagi pelbagai peny4kit.” (HR at-Tabrani dan Ibnu Hibban)

Apa pun, banyak pandangan tentang cara minum air zamzam. Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya,

“Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas, “Tuan datang dari mana?” Lelaki itu menjawab, “Saya baru lepas minum air Zamzam”. Tanya lbnu Abbas lagi, “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?”

Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas, “Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan, “Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Perbezaan di antara kita dan orang ramai (kaum mµnafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (HR addara Qutni dan lbnu Majah).

Justeru di sini beberapa adab yang telah digariskan oleh ulama ketika minum air zamzam.

Pertama: Menghadap Kiblat.

Minum air zamzam menghadap Kaabah atau kiblat merupakan satu bentuk ungkapan tauhid yang membuktikan keagungan serta keesaan Allah SWT. Amalan meminum menghadap kiblat merupakan amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali Baginda meminum air rahmat ini.

Kedua: Boleh berdiri atau duduk kerana ada hadis menyuruh untuk kedua cara tersebut.

Terdapat percanggahan pendapat di antara para ulama mengenai etika sewaktu meminum air ini. Ada yang berpandangan, sunnah untuk minum sambil duduk seiring dengan apa yang sering disarankan oleh Baginda untuk duduk ketika minum. Manakala ada sesetengah yang berpendapat disunatkan untuk kita minum sambil berdiri seperti yang termaktub di dalam sebuah hadis. Dari Ibnu Abbas RA katanya:

“Aku pernah menuangkan air untuk Rasulullah SAW di sumur zamzam, lalu Baginda minum. Padahal beliau sedang berdiri.” (HR Muslim).

Manakala satu lagi hadis menceritakan, Dari Anas RA, dari Nabi SAW, bahawasanya beliau pernah melarang seorang laki-laki minum sambil berdiri. Kata Qatadah, lalu kami bertanya, “Kalau makan?” Jawab Anas, “Itu lebih burµk dan kej1.” (HR Muslim).

Ketiga: Berniat sebelum meminumnya dengan niat apa yang kita mahu kerana Allah SWT memperkenankan niat bagi peminumnya. Rasulullah SAW bersabda:

“Air zamzam diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.” (HR Jabir, Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Muawiyah)

Rasulullah bersabda lagi, “Air zamzam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah SWT menyembuhkan mu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah SWT menghilangkannya. Air zamzam adalah galian Jibril, dan curahan minum daripada Allah SWT kepada Ismail.” (HR Darul Quthni dan Al-Hakim).

Keempat: Membaca Bismillah setiap kali meminumnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Sebut Bismillah apabila kamu hendak memulakan minuman dan puji Allah SWT apabila kamu selesai.” (HR Tarmizi).

Kelima: Minum dengan tiga nafas iaitu dengan tiga teguk.

Minum secara gopoh gapah akan mudah membuatkan seseorang itu tersedak. Oleh itu, minumlah air dengan cara tidak berterusan agar air dapat masuk ke dalam tubuh dengan lebih sempurna. Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan minum terus menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk, dan tiga teguk, tiga teguk. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya.” (HR Tarmizi).

Selain itu, kita juga perlulah memuji Allah dengan menyebut “Alhamdulillah” pada setiap nafas tersebut.

Keenam: Minum dengan tangan kanan.

Dari Ibnu Umar RA. katanya Rasulullah bersabda:

“Apabila kamu makan dan minum, makan dan minumlah dengan tangan kanan, kerana hanya sy4itan yang makan dan minum dengan tangan kiri.” (HR Muslim).

Ketujuh: Berdoa setelah selesai minum.

Selain dari memohon keredaan Nya, kita harus memanjatkan doa selepas meminum air berkat ini sebagai tanda syukur atas nikmat yang dikurniakan.

Sumber Maslahah Ummah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post