Ayah beliau iaitu Rasu Bin Shahrom atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah juga adalah seorang pejµang yang hebat yang mengetuai pasukan pember0ntak untuk menent4ng penjajah British. Sebagai anak kepada Tok Gajah, kehebatan bersilat Mat Kilau tidak boleh dipertikaikan.
Selain bersilat, di usia mudanya, Mat Kilau juga mengajar anak-anak kecil dan orang dewasa membaca Al-Quran. Banyak lagi kisah-kisah menarik tentang Mat Kilau yang terputus untuk sampai ke generasi hari ini. Di sini kami rangkumkan serba sedikit amalan-amalan dan karakteristik Mat Kilau seperti yang diceritakan oleh cucunya, Sulong Bin Ibrahim serta sahabatnya bernama Tok Ngah Taib Bin Musa.
1. AMAL MANDI EMBUN UNTUK KUATKAN BADAN.
Seperti yang diceritakan oleh cucu Mat Kilau, setiap pagi Mat Kilau akan berjalan-jalan di sekeliling rumahnya melihat serba sedikit keadaan pokok-pokok dan tanaman yang ada. Selepas itu beliau akan mengaup air embun yang ada di dedaunan pokok untuk membasahkan wajah, tangan dan tubuhnya.
Mandi embun di sini tidaklah bererti mandi sehingga basah kuyup. Cukup sekadar membasahkan tubuh menggunakan air embun yang ada di daun-daun pokok. Ada juga dinyatakan.
Menurut jurnal sains kesihatan, terbuki menghirup udara segar di waktu pagi dapat menyihatkan paru-paru dan alveolus. Berjalan di waktu pagi walaupun tidak berlari atau “jogging”, dapat mengµrangkan risik0 0besiti. Selain itu, berjalan di waktu pagi dapat membantu anda yang menghadapi masalah sukar tidur malam.
2. SUKA BERJALAN KAKI DARI MENAIKI KENDERAAN.
Mat Kilau gemar berjalan kaki. Keluar membayar cukai berjalan, ke masjid berjalan, ke mana-mana pun berjalan kaki sahaja. Menurut Sulong Bin Ibrahim, nak ke bandar yang sejauh 5 batu (lebih kurang 8km) pun beliau berjalan kaki.
Sµkar untuk melihatnya berkenderaan, termasuklah kenderaan kecil seperti basikal pun tidak digunakan. “Kalau dia datang ke rumah saya, biasanya dia berjalan kaki. Bila saya jemput dia naik basikal untuk dihantar pulang, dia tak mahu” kata Sulong.
3. HANYA BERCAKAP DENGAN KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI.
Dari sumber lain, anda pasti boleh mendengar kisah bahawa Mat Kilau adalah seorang yang pendiam dan tegas. Mat Kilau kµrang bercakap dengan orang tidak dikenalinya ataupun kurang rapat. Namun, menurut cucunya (Sulong), Mat Kilau tidaklah begitu. Mat Kilau sanggup bersengkang mata sehingga lewat malam hanya untuk bercerita dengan anak cucunya.
Selain bercerita, Mat Kilau juga mengajar anak cucunya membaca Al-Quran dan hal hal ibadah yang lain.
Antara permainan yang Mat Kilau sangat gemar bermain bersama anak cucunya ialah permainan dadu dan hencang buah keras (l4ga buah keras). Ketika Mat Kilau menyamar sebagai Mat Siam, salah satu cara kenalan rapat beliau mengesahkan beliau Mat Kilau sebenar ialah melalui permainan ini lah.
4. BERSUKAN UNTUK KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA.
Seperti yang kita tahu, Mat Kilau handal bersilat dan berl4wan. Bahkan ada juga cerita lain mengatakan beliau telah menjadi guru silat kepada beberapa orang pelajar. Fakta ini sahaja membuktikan bahawa Mat Kilau adalah seorang yang ‘fit’, lincah dan lasak.
Selain bersilat, Mat Kilau juga gemar bermain sepak raga dan bermain gasing. Gasing di zaman Mat Kilau bukanlah gasing kecil sebesar telur ayam seperti di zaman kita ini, tetapi gasing di zaman Mat Kilau boleh dikatakan gasing tradisional hampir sebesar tapak tangan lelaki.
Amalan sentiasa bersenam ini harus kita ikuti untuk kekal sihat dan bertenaga. Tambahan pula zaman semakin maju dengan teknologi gajet dan internet ini. Anak-anak kecil juga sudah kµrang kelihatan bermain di luar rumah.
5. TIDAK MEMILIH MAKANAN DAN MINUM SEBELUM SELESAI MAKAN.
Mat Kilau bukan jenis memilih makanan. Beliau tidak pernah ‘0omplen’ atau mengadu tentang makanan.
Perkara ini adalah sangat bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi :
مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنْ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ
“Nabi SAW tidak pernah mencel4 makanan sekali pun. Apabila beliau berselera (suka), beliau memakannya. Apabila beliau tidak sµka, beliau pun meninggalkannya (tidak memakannya).” (HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064).
Selain itu, menurut Sulong Bin Ibrahim, atoknya iaitu Mat Kilau juga tidak akan minum air selagi makanan belum dihabiskan. Walaupun tiada kajian sains dapat menyokong amalan ini, namun meminum air sebelum atau sesudah makan amat-amat membantu proses pencernaan makanan di dalam perut.
6. TIDAK TINGGAL SOLAT DAN SUKA MERATIB (ZIKIR).
Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang mengenali Mat Kilau, pasti semuanya akan menjawab beliau adalah seorang yang sangat ‘alim dan wara’. Mat Kilau sangat menjaga solatnya dan selalu mengingatkan ahli keluarganya untuk menunaikan solat.
Hal ini juga diceritakan oleh Tok Ngah Taib Bin Musa, sahabat Mat Kilau yang bersama-sama bekerja dengan orang raja bernama Tengku Selia.
Masa tu, Tok Ngah masih muda dan belum berkahwin. Usia Mat Kilau ketika itu lebih kurang sama dengan Tok Ngah. Perbezaan umur lebih kurang satu atau dua tahun sahaja.
Mat Kilau ni kacak orangnya. Kulitnya sangat cerah dan putih. Dahinya sulah (luas). Tak tinggi sangat, tak rendah sangat. Tak gemuk dan tak kurus juga. Sederhana saja orangnya.
Mat Kilau sangat ‘alim. Sembahyang tak pernah tinggal (sepanjang perkenalan beliau). Sangat suka meratib (zikir) dan sentiasa berdoa sebelum melakukan sesuatu.
Tahu tak apa yang Mat Kilau lakukan selepas pengumuman bahawa dirinya masih hidup pada 20 disember 1969? Mat Kilau membaca Al-Fatihah sebanyak 3 kali, ayat-ayat suci dan Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5.
7. TIDAK SUKA GAMBARNYA DIAMBIL.
Peristiwa pada tahun 1969 di mana Mat Kilau telah mengaku bahawa dirinya masih hidup adalah sangat besar bagi negara kita. Tapi kenapa tak banyak gambarnya yang boleh kita lihat di internet?
Ini adalah kerana Mat Kilau sangat pantang dan tidak sµka gambarnya diambil oleh pihak media. Namun setelah dipujuk oleh ahli keluarga dan diberi penjelasan bahawa itu adalah untuk merekodkan peristiwa sejarah dan untuk kebaikan anak cucunya juga, barulah Mat Kilau membenarkan pihak media mengambil gambarnya.
Kenapa dan mengapa beliau tidak suka gambarnya diambil, tidak dapat diketahui. Namun ianya adalah satu langkah yang amat rasional (menurut penulis) dan patut menjadi ikutan generasi kini.
Masyarakat di zaman ini terlalu mudah untuk membiarkan gambar mereka dan ahli keluarga mereka menjadi tatapan orang ramai. Jangankan gambar, video melakukan aksi tak senonoh atau mengarµt pun sanggup dimuatnaik untuk tatapan ramai di internet.
Sempena memperingati pejuang tanah air kita yang banyak berjasa ini, marilah kita sama-sama menjaga marµah diri dan keluarga kita agar kita menjadi masyarakat yang berbudaya, berilmu tinggi serta maju.
Semoga roh Mat Kilau ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Sumber iluminasi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Detik Ini Viral tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.